JOM UNDI FAIZ SUBRI UNTUK GOL TERBAIK DUNIA ANUGERAH PUSKAS 2016

| Nov 22, 2016 | 38 Comments

Jom undi Faiz Subri! Jaringan gol dari sepakan percuma knuckleball pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri catus fenomena. Ianya tersenarai antara 10 calon akhir bagi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2016.

Faiz Subri akan bersaing dengan beberapa pemain terkemuka dunia. Antaranya seperti bintang Barcelona, Lionel Messi dan Neymar untuk merebut gelaran tersebut.

jom-undi-faiz-subri-untuk-gol-terbaik-dunia-anugerah-puskas-2016

Faiz Subri cabar pemain kelas dunia…

Beliau turut dicabar Mario Gaspar (Sepanyol), Hlompho Kekana (Afrika Selatan) dan Marlone (Brazil). Calon lain juga adalah Saul Nigue (Sepanyol), Hal Robson-Kanu (Wales), Daniuska Rodriguez (Venezuela) dan Simon Skrabb (Finlad).

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini memaklumkan telah menghantar surat untuk cadangan kepada Fifa.

MENARIK!GOL FREEKICK FAIZ SUBRI CALON FIFA PUSKAS AWARD 2016?

LAGI MENARIK!VIDEO PERBANDINGAN FREEKICK FAIZ SUBRI VS ROBERTO CARLOS

Ia agar gol unik pemain itu menerusi sepakan bebas dari jarak 32 meter pada minit ke-62 perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang dan Pahang disenaraikan sebagai salah satu calon dalam Anugerah Puskas 2016.

Jom undi Faiz Subri…

Pada 17 Mac lalu, FAM memaklumkan bahawa mereka menerima surat maklum balas daripada Fifa berhubung cadangan gol Mohd Faiz dicalonkan bagi anugerah tersebut.

Fenomena sepakan ajaib Faiz Subri mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia. Malahan ada yang mendakwa sepakan lencong Faiz Subri itu lebih hebat berbanding pemain lagenda, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada 1997.

Anda boleh mengundi jaringan gol Faiz Subri menerusi link yang ammboi sediakan disini: JOM UNDI JARINGAN GOL FAIZ SUBRI


Tags: , , , ,

Category: SUKAN

Comments (38)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. norita says:

    faiz subri

  2. danish faris says:

    Goal faiz subri memang menakjubkn ia jarang skali dibuat mna2 pemain setakat ini selain legenda bola sepak dunia iaitu r.carlos

  3. NasronMN says:

    Fantastic… banana kick.. football

  4. hafiz says:

    terbaik faiz subri

  5. Ayub Shaari says:

    Freekick yg manakjubkan,faiz subri jujur ketika membuat tendangan itu…sntuhan rezeki hasil dr keiklasan nya demi krjaya beliau utk kluarga dn negara memertabat bangsa Melayu/Islam di dlm sukan bola sepak.

  6. subri esa says:

    Terbaik

  7. arif imran says:

    Faiz subri memang gol gila….. Terbaik

  8. Yahya says:

    So Fantastic faiz subri’s freekick & congratulation to u..

  9. Mohd Shafie Shafie Nasip says:

    Gol luarbiasa, satu keajaiban dalam dunia sukan bolasepak. Faiz telah membawa nama Negara ke pentas antarabangsa yg seharusnya mendapat penghargaan terbaik dari Kerajaan Malasia.

  10. Bagus faiz subri,saya berharap agar kamu mendapat piala puskas dan mendapat kalahkan pemain negara

  11. Semoga berjaya dan berharap agar kamu dapat mengalahkan pemain negara.

  12. Good….faiz saya akan mengikut jejak langkah kamu👍

  13. good….faiz kami akan sokong mu faiz

  14. Fakhrul hakimi says:

    Faiz subri

  15. Muhammad hariz says:

    Faiz subri kami akan sokong kamu

  16. haziq says:

    Abang faiz saya peminat setia abang

  17. Alif says:

    Memang terbaik la faiz

  18. darwin says:

    Faiz wira negara

  19. Anonymous says:

    faiz nasib je

  20. Tahniah Faiz Subri kerana terpilih dlm senarai puskas 2016

  21. Noor Liyana Ahmad Azmi says:

    Bagus!bgus!FAIZ SUBRI,tendangn yg ckup mantap..gudlak!

  22. Leeya Anna says:

    Syabas,Faiz Subri…trclon dlm puskas 2016..km smua anak Malaysia akn sokng,doa kejayaan abg dan akn undi bnyk bnyk…km amat berbngga jd rkyt Malaysia!

  23. Faiz subri says:

    Taik kau faiz subri…btw power tendngan kau…

  24. Anonymous says:

    hebat abg faiz

  25. sarodi b zakaria says:

    Harapan sejarah tercipta buat malaysia…..apa pun syabas faiz subri

Leave a Reply

Your email address will not be published.