APPLE GANTI BATERI iPHONE 6S KELUARAN SEPTEMBER DAN OKTOBER 2016

| Nov 23, 2016 | 0 Comments

Kepada pemilik telefon bimbit Apple iPhone 6s yang berdepan masalah telefon mereka terpadam sendiri tanpa sebarang isyarat nampaknya boleh menarik nafas lega.

Ia berikutan pihak Apple telah mengumumkan bahawa telefon model iPhone 6s yang dipasarkan antara September dan Oktober 2015 layak untuk mendapatkan penggantian bateri secara percuma.

apple-ganti-bateri-iphone-6s-keluaran-september-dan-oktober-2016

Penggantian bateri secara percuma

Penggantian bateri itu dibuat selepas beberapa kelemahan dikesan oleh pihaknya. Kelemahan pada bateri menyebabkan sebilangan kecil telefon bimbit terpadam tanpa memberikan sebarang isyarat.

“Jika anda mengalami masalah ini, segera berkunjung ke Apple Stores untuk mengesahkan sama ada anda layak mendapatkan bateri baharu secara percuma,” kata kenyataan yang dikeluarkan Apple dipetik laporan mStar Online.

Tukar atau bayar balik kos

Apple Stores akan menyemak telefon bimbit dengan senarai nombor siri dan sama ada akan menggantikan bateri atau membayar balik kos pembelian bateri jika bateri asal sudah ditukar pengguna.

Apple menekankan ia bukan isu keselamatan sebagaimana kes Samsung Galaxy 7 yang dipanggil balik selepas baterinya meletup.


Tags: , , , , ,

Category: TEKNOLOGI

Leave a Reply

Your email address will not be published.