PASANGAN GANGGU PENGUATKUASA MBSA DIDAKWA HARI INI

| Nov 25, 2016 | 1 Comment

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan dua individu yang mengganggu penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan tugasan akan didakwa di mahkamah Shah Alam hari ini.

Jelasnya dipetik dalam kenyataan laman Twitternya, pasangan ini telah di tangkap semalam dan akan dituduh pagi ini kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam.

Ditangkap tepi jalan

Semalam, pasangan yang masing- masing berusia 30 tahun itu ditahan di tepi Jalan BRP 6/11 Bukit Rahman Putra kira- kira jam 10.24 pagi.

pasangan-ganggu-penguatkuasa-mbsa-didakwa-hari-ini

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Abdul Aziz Awang Darus berkata, mereka ditahan di lokasi kejadian oleh sepasukan polis yang tiba selepas menerima panggilan daripada anggota MBSA berhubung kejadian berkenaan.

Didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam

“Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya,” katanya.

Semalam, satu video berhubung tindakan seorang lelaki dan wanita yang bertindak menghalang tugas anggota MBSA menjadi viral di laman sosial Facebook. Anda boleh menonton video penuh di SINI.

Berikut pula adalah kenyataan media Ketua Polis Daerah Sungai Buloh:

KENYATAAN MEDIA
KETUA POLIS DAERAH SUNGAI BULOH

PENJELASAN SEBARAN VIRAL BERKAITAN INSIDEN MENGHALANG TUGAS PENJAWAT AWAM YANG BERLAKU DI BUKIT RAHMAN PUTRA, SG. BULOH PADA 24.11.2016.

1. Polis Daerah Sungai Buloh mengesahkan ada menerima laporan polis daripada seorang perempuan berumur 23 tahun (pengadu) yang telah dihalang daripada menjalankan tugasnya di kawasan Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh pada 24.11.2016, yang mana telah tersebar viral dalam laman media sosial.

2. Kedua – dua saspek telah ditangkap petang semalam dan telah dibawa ke IPD Sg. Buloh untuk tindakan lanjut. Kedua-dua saspek akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam hari ini dan akan dituduh dibawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya, yang jika disabit kesalahan boleh di hukum penjara sehingga 2 tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya.

3. Justeru, pihak polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Dikeluarkan oleh:

Supt. Dr. Abdul Aziz bin Hj .Awang Darus

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh

Bertarikh : 25.11.2016

Harap apa yang berlaku dijadikan pengajaran kepada kita semua. Halang penguatkuasa melakukan tugas memang tidak wajar.


Tags: , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Mohd.Alit says:

    Pasangan(Kekasih)yang berlaku biadab dengan penguatkuasa mbsa yang sedang bertugas.Memang wajar di dakwa di mahkamah.Agar ianya boleh menjadi satu pengajaran kepada orang ramai di luar sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published.