VIDEO PASANGAN HALANG PENGUATKUASA MBSA KETIKA BERTUGAS

| 25/11/2016 | 1 Comment

Video pasangan halang Penguatkuasa MBSA ketika bertugas jadi viral! Kecoh semalam apabila viral satu video memaparkan seorang penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang diganggu oleh dua individu ketika melaksanakan tugas.

Video berdurasi dua minit mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial sejak dari semalam. Daripada pemerhatian ammboi, video yang pada awalnya dimuatnaik menerusi satu akaun Facebook mendapat lebih 20 ribu perkongsian.

video-pasangan-halang-penguatkuasa-mbsa-ketika-bertugas

Memetik sumber info, insiden pada pukul 10.24 pagi semalam di Bukit Rahman, Sungai Buloh itu bermula apabila penguatkuasa berusia 23 tahun terbabit mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak meletakkan kupon pakir.

Perbalahan tercetus kerana kupon parkir

Namun sebaik sahaja saman dikeluarkan, penguatkuasa itu didatangi oleh seorang wanita yang bertindak memarahinya kerana mendakwa dia telah meletakkan kupon parkir mengakibatkan pertengkaran antara mereka berdua.

Bagaimanapun situasi bertambah panas apabila wanita berkenaan memanggil seorang lelaki yang kemudiannya cuba melakukkan gangguan terhadap penguatkuasa itu.

Enggan untuk terus berbalah dengan mereka, penguatkuasa itu yang mahu beredar dari situ. Tetapi dia telah dihalang oleh lelaki berkenaan sambil merakam video selain bajunya ditarik oleh wanita itu kononnya untuk mengambil namanya.

Video pasangan halang penguatkuasa MBSA ketika bertugas

Difahamkan, penguatkuasa itu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh kira-kira pukul 11 pagi semalam ekoran kejadian tersebut.

Menerusi media sosial, ramai yang mengecam tindakan pasangan berkenaan dan dianggap kurang ajar. Apatah lagi lelaki berkenaan seperti sengaja menghimpit penguatkuasa tersebut yang merupakan seorang wanita.


Tags: , , , , ,

Category: INFO SEMASA, VIRAL TERKINI

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. huh says:

    Sedar?. Hakim mahkamah potong kaki sendiri.. penguatkuasa undang2 diancam dan dicabul, hukuman ala kadar.. banyak boleh dicas salah tu… unsur cabul mcmna?

Leave a Reply

Your email address will not be published.