PENJELASAN JPJ ISU KENAIKAN HARGA CUKAI JALAN

| Nov 28, 2016 | 4 Comments

Kecoh pula media sosial dengan isu kenaikan harga cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM).  Ia mula menjadi viral dan menimbulkan kegusaran orang ramai.

Bagaimanapun, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari menafikan terdapat pengumuman kenaikan berkenaan. Info palsu itu kononnya melibatkan semua jenis kenderaan berkuasa 880cc dan ke atas dan akan mula naik bermula Januari tahun depan.

Penjelasan JPJ isu kenaikan harga cukai jalan

penjelasan-jpj-isu-kenaikan-harga-cukai-jalan

“Informasi tersebut tidak tepat dan palsu telah tersebar meluas melalui media sosial dan aplikasi Whatapps baru-baru ini.

“JPJ memandang serius isu kenaikan kadar fi LKM kerana boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat awam,” jelas jabatan itu menerusi satu kenyataan sebagaimana disiarkan oleh mStar Online.

Dakwaan harga cukai jalan akan meningkat sebanyak 25 peratus

Khabar angin tersebut tersebar awal hari yang sama dengan dakwaan harga cukai jalan akan meningkat sebanyak 25 peratus.

JPJ menasihatkan orang awam agar tidak percaya dengan maklumat dalam laman sosial. Mereka perlu mendapatkan penjelasan pihak berkuasa daripada menyebarkan informasi yang tidak sahih.


Tags: , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Mohd.Alit says:

    Kalau setiap tahun,Harga lesen naik dan harga roadtax.Kalau kenderaan dan jalan raya itu,Hanya untuk menyusahkan kita semua.Lebih baik musnahkan kesemua kenderaan yang ada di seluruh malaysia itu.

  2. Mohd.Alit says:

    Kalau setiap tahun,Harga lesen naik dan harga roadtax naik.Kereta dan motosikal itu.Adalah merupakan sebuah kemudahan untuk kita pergi ke mana saja yang kita suka.Akan tetapi.Kalau kemudahan itu hanya untuk mendatangkan kesukaran kepada kita semua.Lebih baik musnahkan kesemua jenis kenderaan yang ada di seluruh malaysia itu.

  3. Mohd.Alit says:

    Setiap tahun.Kalau benar cukai jalan itu meningkat sebanyak 25 peratus.Daripada kita hidup cuma penuh dengan kesengsaraan.Lebih baik kita semuanya mati sahaja.

  4. Mohd.Alit says:

    Alamak, saya sudah mampuslah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.