BORANG PERMOHONAN BARU DAN KEMASKINI BR1M 2017

| Dec 5, 2016 | 2 Comments

Seperti apa yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Bajet 2017, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) untuk tahun 2017 telah dinaikkan setinggi RM1200.

Kepada mereka yang layak menerima BRIM dan belum berdaftar, tarikh pendaftaran BR1M 2017 adalah pada 5 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016.

borang-permohonan-baru-dan-kemaskini-br1m-2017

Borang permohonan baru dan kemaskini BR1M 2017

Sebagai makluman, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG PALSU berkaitan BR1M di media sosial seperti berikut:

  1. http://brim-hasil.net/
  2. https://www.facebook.com/BR1M3/

Oleh itu, tuan / puan adalah dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang tersebut.

Sebarang semakan atau maklumat lanjut mengenai BR1M, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.

Untuk mendapatkan Borang Permohonan BRIM 2017, sila klik link di sini: https://ebr1m.hasil.gov.my

Syarat Kelayakan Permohonan BRIM 2017

Berikut adalah syarat kelayakan untuk mohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) 2017:

  1. Warganegara Malaysia yang berumur 21 Tahun dan ke atas.
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan.
  3. Bagi kategori bujang, gaji mestilah tidak melebihi RM2,000 sebulan.
  4. Penerima Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) adalah tidak layak menerima BRIM

Kadar Bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) 2017 pula adalah seperti dibawah:

  1. Kategori Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih) : RM1200
  2. Bagi Kategori Isirumah Bawah RM3,000 :RM1200
  3. Manakala Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000 : RM900
  4. Kategori BRIM Individu Bujang : RM 450

Makluman mengenai permohonan dan kemaskini BR1M 2017

  1. Sila klik Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2017 di semua Cawangan LHDNM.
  2. Aplikasi BR1M Dalam Talian tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.
  3. Tarikh akhir penunaian baucar BR1M 2016 telah dilanjutkan oleh MOF sehingga 15 Disember 2016.
  4. MOF telah menetapkan tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2016 adalah pada 31 Januari 2017.

Info lanjut mengenai pembayaran BR1M 2017 anda boleh ke sini: JADUAL PEMBAYARAN BR1M 2017


Tags: , , , , , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. assalammmualaikum kapada yg sudi menari permohonan sya ini sya bru nk mendafter bantuan BR1M satu malaysia nie sya harap tuan puan dapat tolong saya ini saya tidak tahu macam mane cara nya memohon brm ini

Leave a Reply

Your email address will not be published.