JADUAL PEMBAYARAN BR1M 2017

| Dec 5, 2016 | 1 Comment

Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2017 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang adalah bermula pada 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016.

Anda layak mohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) 2017? Sila semak status kelayakan anda untuk mohon BR1m 2017 berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dibawah.

jadual-pembayaran-br1m-2017-2

Syarat kelayakan mohon BR1M 2017?

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  5. Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2017.

Apa yang anda perlu kemukakan semasa mohon BR1M 2017?

  1. MyKad bagi pemohon
  2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia. Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2017.

BORANG PERMOHONAN BARU DAN KEMASKINI BR1M 2017

Jadual Pembayaran BR1M 2017?

Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih)

  • Pertama : RM400 pada Februari 2017
  • Kedua : RM400 pada Jun 2017
  • Ketiga : RM400 pada Ogos 2017

Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000

  • Pertama : RM400 pada Februari 2017
  • Kedua : RM400 pada Jun 2017
  • Ketiga : RM400 pada Ogos 2017

Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000

  • Pertama : RM300 pada Februari 2017
  • Kedua : RM300 pada Jun 2017
  • Ketiga : RM300 pada Ogos 2017

Kategori BRIM Individu Bujang

  • Bayaran penuh RM450 pada Februari 2017

Sila kongsikan info ini kepada rakan-rakan dan kenalan anda.


Tags: , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. larry says:

    Jadual Kemasukan BR1M 2017..

Leave a Reply

Your email address will not be published.