RAMAI JANGKA FAIZ SUBRI MENANG ANUGERAH PUSKAS FIFA 2016

| Dec 5, 2016 | 1 Comment

Tahniah diucapkan kepada Faiz Subri. Beliau bakal ke FIFA Football Awards 2016 di Zurich yang akan berlangsung pada 9 Januari 2017. Ini kerana beliau sah dalam senarai 3 gol terbaik bagi calon Anugerah Puskas 2016.

Untuk makluman anda, undian kedua bermula sekarang. Ayuh undi beliau sekarang sehingga 9 Januari 2017 ini untuk melayakkan beliau memenangi Anugerah FIFA Puskas Award 2016!

ramai-jangka-faiz-subri-menang-anugerah-puskas-fifa-2016

Ramai jangka Faiz Subri menang Anugerah Puskas FIFA 2016

Pemain antarabangsa pun pilih Faiz Subri. Anda pula bagaimana? Pada yang belum mengundi, anda boleh berbuat demikian disini: http://m.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html

Berikut pula adalah komen dan pandangan dari bekas pemain kebangsaan.

Jaringan luar biasa yang dihasilkan pemain tengah Pulau Pinang, Mohd. Faiz Subri mampu mencipta kejutan dengan memenangi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.

Bukan gol nasib

Menurut bekas penjaga gol kebangsaan, Azmin Azram Abdul Aziz, kejayaan Faiz menempatkan diri sebagai tiga calon akhir bagi merebut anugerah berprestij itu merupakan satu kejayaan yang sa­ngat membanggakan bagi seluruh peminat sukan bola sepak tanah air.

“Beliau memang layak untuk memenangi anugerah ini kerana jaringannya sangat ajaib. Mana-mana penjaga gol terbaik dunia sekali pun pasti sukar untuk menyelamatkan bola tersebut.

“Saya berharap Faiz dapat me­menangi anugerah ini kerana de­ngan kejayaan ini akan membuka mata dunia bahawa Malaysia mempunyai pemain-pemain berbakat,” kata Azmin dipetik laporan Kosmo! Online.

Mengulas lanjut, Azmin Azram yang juga jurulatih penjaga gol skuad Felcra menolak komen negatif sesetengah pihak bahawa jaringan cantik itu sebagai nasib semata-mata, sebaliknya men­jelas­kan, jaringan ajaib itu terha­sil melalui teknik tendangan dan kelajuan yang tepat hasil latihan keras setiap hari.

Pemain yang sentiasa berusaha keras dan berbakat

Sementara itu, jurulatih Felcra yang juga bekas pemain kebangsaan, Yusri Che Lah berharap jaringan cantik Faiz mampu menobatkannya sebagai pemenang Anugerah Puskas tahun ini.

Yusri berkata, Faiz memang layak untuk meraih gelaran pe­menang kerana sepanjang me­latih pemain tersebut sebelum ini, beliau memang terkenal sebagai pemain yang mempunyai komitmen dan disiplin yang tinggi.

“Tahniah kepada beliau kerana melayakkan diri sehingga ke pe­ringkat ini. Bagi saya, beliau bukan sekadar patut berada dalam kelompok tiga terbaik tetapi pulang sebagai pemenang utama.

“Jaringan Faiz bukan nasib se­mata-mata. Sepanjang berada di bawah kendalian saya pada tahun 2009, beliau memang dikenali sebagai seorang pemain yang sentiasa berusaha keras dan berbakat,” katanya dipetik sumber yang sama.


Tags: , , , , ,

Category: SUKAN

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Amin Hakim says:

    Dah undi.. harap faiz subri boleh menang anugerah puskas ☺☺☺

Leave a Reply

Your email address will not be published.