SEMAKAN STATUS BR1M 2017

| Dec 5, 2016 | 0 Comments

Semakan status BR1M 2017! Pembayaran pertama Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2017 akan dibuat pada bulan Februari 2017. Untuk pemohon sediada, pastikan anda semua sudah mengemaskini maklumat yang diperlukan.

Kepada pemohon baru, permohonan BR1M 2017 kini dibuka bermula sejak dari 5 Disember 2017 hingga 31 Disember 2017. Untuk kemaskini dan permohonan baru anda boleh lakukan disini: https://ebr1m.hasil.gov.my/

semakan-status-br1m-2017

Semakan status BR1M 2017

Bagi yang sudah memohon atau sudah kemaskini permohonan, anda boleh buat semakan status BR1M 2017 menerusi link yang ammboi sediakan di sini: https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s&y=2016

Semakan adalah menggunakan nombor kad pengenalan pemohon. Semasa proses semakan dibuat, beberapa soalan keselamatan akan dikemukakan antaranya bandar semasa mendaftar, nama penuh mengikut kad pengenalan, nombor kad pengenalan lama dan beberapa soalan lain lagi.

Berikut antara paparan pemohon yang diterima.

semakan-status-br1m-2017-2

Permohonan gagal?

Antara sebab-sebab permohonan gagal adalah seperti berikut:

  1. Maklumat peribadi tidak tepat seperti nama dan no. kad pengenalan.
  2. Tidak menyertakan dokumen pengesahan seperi dokumen kematian pasangan, dokumen pengesahan perceraian dan penyata gaji.
  3. Tiada maklumat bagi pemohon berstatus kahwin.
  4. Maklumat tanggungan tidak tepat.
  5. Memohon leboh dari satu kali (suami dan isteri membuat permohonan berasingan).
  6. Tidak kemaskini permohonan BR1M bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (2014).

semakan-status-br1m-2017-3

Laman palsu BR1M

Sebagai makluman dan peringatan, anda perlu elakkan dari kunjungi link BR1M palsu seperti http://brim-hasil.net/ dan https://www.facebook.com/BR1M3/.

Sebarang semakan atau maklumat lanjut mengenai BR1M, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.

Antara artikel berkaitan:

Sekian, terima kasih.


Tags: , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.