9 KESAN MINUM AIR PUTIH KETIKA PERUT KOSONG YANG RAMAI TIDAK TAHU

| Dec 8, 2016 | 0 Comments

Air putih atau air kosong memang tak ada rasa apa-apa ketika meminumnya. Ia tidaklah senikmat minum air manis seperti coklat, susu dan sebagainya.

Rasanya semua tahu mengenai kebaikan meminum air putih kepada tubuh badan. Namun begitu, mungkin ramai yang tak tahu kesannya apabila minum air putih ketika perut kosong.

9-kesan-minum-air-putih-ketika-perut-kosong-yang-ramai-tidak-tahu

Berikut merupakan 9 kesan minum air putih ketika perut kosong yang ramai tidak tahu…

1. Buang racun dalam badan

Ketika kita minum air putih, sistem pencernaan tubuh akan berjalan lebih lancar dan alami. Pada waktu malam tubuh memperbaiki diri dan mengeluarkan semua racun dalam tubuh. Kalau minum air putih di pagi hari dalam keadaan perut kosong, racun-racun akan lebih cepat keluar dan tubuh jadi terasa lebih segar. Minum banyak air putih boleh membantu meningkatkan produksi sel-sel otot dan sel-sel darah baru.

2. Meningkatkan metabolisme

Minum air putih ketika perut kosong boleh membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan ini akan buat sistem pencernaan jadi lebih lancar. Minum air setelah bangun pagi boleh membersihkan usus, sehingga usus jadi lebih mudah menyerap nutrisi.

3. Jadikan tubuh kekal langsing

Ketahuilah semua racun akan dibuang dan sistem pencernaan jadi lebih baik. Paling best, tak mudah lapar dan nafsu makan boleh dikontrol. Sehingga tubuh boleh tetap langsing sebab terhindar dari godaan makan berlebih.

4. Elak gangguan pencernaan

Gangguan pencernaan disebabkan oleh meningkatnya kadar asam di dalam perut. Ketika minum air putih di pagi hari, kadar asam berlebih ini akan larut. Gangguan pencernaan pun boleh diatasi.

5. Mencantikkan kulit

Dehidrasi boleh menyebabkan munculnya kedut dan pori-pori besar di kulit. Minum 500 ml air putih dengan keadaan perut kosong setiap pagi boleh memperlancar aliran darah di kulit dan membuat kulit lebih bercahaya. Minum air putih sepanjang hari secara berkala boleh membantu tubuh mengeluarkan racun.

6. Cegah batu ginjal

Minum air putih selepas bangun tidur boleh membantu cegah batu ginjal. Semakin banyak minum air putih, makin payah penyakit dan racun nak datang dekat!

7. Baiki sistem imun tubuh

Minum air putih ketika perut kosong boleh bantu menjaga sistem limfa. Sehingga sistem imun tubuh makin kuat dan mengelakkan tubuh dari dijangkiti pelbagai penyakit.

8. Mengubati sakit kepala dan migrain

Sering kali migrain dan sakit kepala yang anda alami disebabkan oleh dehidrasi, walaupun tidak menutup kemungkinan disebabkan oleh faktor lain. Satu kajian yang diterbitkan di European Journal of Neurology.

9. Mengawal suhu tubuh badan

Semasa bersukan atau cuaca sedang panas, tubuh kita akan mengalami kenaikan suhu dan berkeringat. Air lah yang membantu melepas panas dari tubuh saat keringat yang keluar dari kulit. Air putih yang anda minum akan membantu menstabilkan suhu tubuh. Semakin banyak keringat yang keluar, semakin banyak air yang harus kita minum nantinya untuk menggantikan cairan yang keluar.

Bagi mendapatkan manfaat dan kesan yang maksima daripada meminum air putih, anda boleh ikuti step mudah ini.

  1. Minum 4 gelas air putih setiap pagi yang berisi 160ml ketika perut kosong.
  2. Jangan ambil sebarang makanan selama 45minit.
  3. Minum air putih sekurang-kurangnya 30 minit sebelum makan, tetapi jangan minum air dalam waktu 2 jam selepas sarapan, makan siang dan makan malam.

*Jika masih suka untuk minum 650ml ari putih setiap pagi, boleh mulakan dengan 1 gelas air dahulu.

Kredit: Mingguan Wanita via OhMedia


Tags: , , ,

Category: INFO KELUARGA DAN KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.