BUDAK 9 TAHUN MAUT TERSEKAT DALAM PAIP AIR

| 14/12/2016 | 0 Comments

Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun ditemui maut selepas disedut dan tersekat dalam sebuah paip air milik Perusahaan Daerah Air Minum (PDAM), Sabtu lepas.

Kejadian berkenaan berlaku di Gorontalo, Indonesia.

Gambar budak 9 tahun maut tersekat dalam paip air

budak-9-tahun-maut-tersekat-dalam-paip-air-1

Menurut laporan Radar Gorontalo, Riky Dehu dikatakan asyik bermain di kawasan tersebut dan terjun ke dalam takungan air kerana menyangka ianya cetek. Mangsa kemudian disedut oleh paip berkenaan.

Orang awam yang menyedari kejadian tersebut kemudian cuba membantu mangsa tetapi dia tersekat dan terpaksa dikeluarkan bersama paip tersebut.

Selepas paip jenis PVC berkenaan dibelah, mangsa ditemui telah meninggal dunia.

Kejadian masih disiasat oleh polis. [Sinar Harian]


Tags: , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.