JDT JELAS PUNCA TERPAKSA JUAL JORGE PEREYRA DIAZ DAN PINJAMKAN HARISS HARUN

| Dec 16, 2016 | 1 Comment

JDT jelas punca terpaksa jual Jorge Pereyra Diaz? Kecoh sejak semalam dengan viral bekas penyerang import Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) meluahkan perasaan tidak puas hati menerusi laman sosial miliknya.

Rupanya mungkin ia kerana beliau tidak berpuas hati apabila dijual ke kelab lain. Namun begitu, menjadi tanda tanya ramai kenapa pemain berpengaruh itu dilepaskan?

JDT jelas punca terpaksa jual Jorge Pereyra Diaz

Memetik laporan BH Online, Ketua Jurulatih JDT, Mario Gomez mendedahkan kelab itu terpaksa melepaskan Jorge Pereyra Diaz selepas tidak mampu menunaikan permintaan gaji baharu oleh Diaz.

Selain itu, beliau turut menjelaskan betapa tindakan menjual pemain dari Argentina itu adalah tepat kerana kelab berkenaan perlu mengawal perbelanjaan.

Dapat satu tawaran baru yang cukup baik

“Saya sudah membuat keputusan dan pihak pengurusan bersetuju untuk menjual penyerang luar negara kami, Jorge Pereyra Diaz kerana kami sudah mendapat satu tawaran baru yang cukup baik buat kelab.

“Beliau mahu terus kekal di sini tetapi kami tidak mampu untuk membayar gaji baru yang dipinta dan kami perlu mengawal perbelanjaan duit kelab. Oleh itu, keputusan untuk menjual beliau adalah tepat,” kata Gomez.

Punca pinjamkan Hariss Harun?

Sementara itu, Gomez turut mengesahkan seorang lagi pemain import JDT, Hariss Harun akan dipinjamkan ke kelab Portugal atau Jepun selama setahun.

“Hariss Harun adalah seorang pemain yang bagus dan cukup berdisiplin. Beliau amat bermakna buat kelab dan kami akan menghantar beliau ke kelab Portugal atau Jepun secara pinjaman selama setahun.

Perancangan terbaik buat Hariss dan JDT

“Saya pasti dengan umur beliau sekarang, corak permainannya akan meningkat lebih baik jika beliau diberi peluang untuk bermain di tahap yang lebih tinggi.

“Beliau akan menjadi satu aset utama buat kelab pada masa akan datang selepas kembali bermain dengan kelab luar berkenaan. Buat masa sekarang, ini adalah perancangan yang terbaik buat kelab,” tambah Gomez.


Tags: , , , , ,

Category: SUKAN

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Anonymous says:

    betul ke nii

Leave a Reply

Your email address will not be published.