POLIS SAHKAN VIDEO BUDAK PUTUS KEMALUAN KETIKA BERSUNAT ADALAH BENAR

| 27/12/2016 | 0 Comments

Malang menimpa seorang budak berusia 10 tahun apabila kepala kemaluannya terputus ketika bersunat. Menurut sumber berita, mangsa dibawa bapanya untuk bersunat pada malam 20 Disember 2016 lalu.

Ketika sedang berkhatan, doktor memberitahu bapa mangsa bahawa kepala kemaluan anaknya terpotong secara tidak sengaja. Disebabkan itu bapa mangsa membawa anaknya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras.

Mangsa kemudiannya disarankan menjalani rawatan penyambungan semula di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bapa mangsa kemudian membuat laporan polis tentang kecuaian yang dilakukan doktor klinik berkenaan.

Hari ini, menerusi laporan mStar Online, pihak polis mengesahkan video viral di media sosial yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki terputus kemaluan ketika bersunat menggunakan teknik pembedahan laser di sebuah klinik di Kajang adalah benar.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan mengesahkan perkara berkenaan dan telah memanggil beberapa saksi untuk merakam keterangan bagi siasatan lanjut.

“Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah sama ada secara gopoh atau cuai dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga dua ribu ringgit atau kedua-duanya sekali,” katanya dipetik laporan tersebut.


Tags: , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.