HARGA MINYAK PETROL DAN DIESEL NAIK 1 JANUARI 2017

| Dec 31, 2016 | 0 Comments

Pelik tapi benar. Adakah ini adalah hadiah tahun baru buat semua rakyat Malaysia? Selepas berita ini tersebar, ramai berpusu-pusu menuju ke stesen minyak berdekatan.

Kenapa? Berdasarkan kepada sumber berita, harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing naik 20 sen seliter. Manakala petrol RON97 naik 15 sen mulai tengah malam ini.

Harga minyak petrol dan diesel naik 1 Januari 2017

Untuk makluman anda semua, harga runcit baharu bagi minyak petrol RON95 berkuat kuasa 1 Januari ialah RM2.10 seliter dan diesel RM2.05 seliter. Dalam pada itu, harga runcit baharu bagi RON97 pula ialah RM2.40 seliter.

Harga runcit petrol sepanjang bulan Disember bagi RON95 ialah RM1.90 seliter, RON97 (RM2.25) dan diesel (RM1.85).


Tags: , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.