FIFA PUSKAS AWARD 2017 LIVE ONLINE

| Jan 10, 2017 | 0 Comments

FIFA Puskas Award 2017 Live Online! Pada awal pagi esok, bakal berlangsungnya Anugerah Puskas FIFA 2017 (FIFA Puskas Award 2017). Faiz Subri merupakan satu-satunya calon dari Malaysia dan juga Asia untuk anugerah berprestij itu.

Jika berdasarkan bilangan penonton video yang disiarkan oleh FIFA, jaringan sepakan percuma menakjubkan Mohd Faiz Subri terus mendahului dua pesaing lain.

Jaringan Faiz Subri curi tumpuan dunia!

Setakat 3 petang ini, video yang mula dimuat naik FifaTV di YouTube pada 21 November lepas terus mencuri tumpuan peminat apabila ia ditonton 2,362,950 kali.

Ia jauh meninggalkan video aksi jaringan Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Jaringan ‘ajaib’ Mohd Faiz yang mendapat perhatian dunia itu dilakukan ketika pasukannya Pulau Pinang meraih kemenangan 4-1 ke atas Pahang pada perlawanan Liga Super pada 16 Feb tahun lepas.

FIFA Puskas Award 2017 Live Online!

Anugerah Puskas dinamakan bersempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari tahun 1959 hingga 1966.

Adakah Faiz Subri akan berjaya mengatasi calon-calon lain? Sama-sama kita saksikan siaran live streaming FIFA Puskas Award 2017 online menerusi link dibawah:

Bukan senang anak Malaysia nak pergi ke anugerah ini. Sama-sama kita doakan kejayaan Faiz Subri!


Tags: , , , , , , , , , , ,

Category: SUKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.