TOP 3 KISAH PANAS TELEFON PINTAR SEPANJANG 2016

| 10/01/2017 | 2 Comments

Pelbagai kisah menarik mengenai telefon pintar sepanjang tahun 2016. Ada kisah suka dan tentunya ada kisah duka yang mungkin sukar untuk dilupakan oleh segelintir pengguna.

Kita semua memahami, pengeluar telefon pintar kini sedang berlumba-lumba untuk memberikan yang terbaik. Namun begitu, adakalanya kerakusan mengejar teknologi boleh membawa padah.

Kenapa? Anda boleh baca selanjutnya mengenai Top 3 Kisah Panas Telefon Pintar Sepanjang 2016 dibawah! Ia berdasarkan undian yang dijalankan oleh pihak MalaysiaKini.

Kisah Panas Pertama – Samsung Galaxy Note 7 Meletup!

Kontroversi Samsung Galaxy Note 7 bermula sejak dari pengenalan nama model itu lagi. Dari Samsung Galaxy Note 5 kenapa terus ke Note 7? Di mana Note 6? Adakah saya sudah ketinggalan?

Sejak dari hari pengumuman Samsung Note 7, ramai yang teruja untuk mendapatkannya. Pelbagai teknologi canggih yang dijanjikan untuk model baru tersebut. Antaranya pengecasan pantas, kalis air, debu dan sebagainya. Wah!

Namun begitu, seperti indah khabar dari rupa. Pelbagai ‘tragedi menyayat hati’ menimpa pemilik Samsung Note 7. Rupanya ia ibarat bom ‘tak dijangka’ yang boleh meletup dan membahayakan pengguna.

Samsung pada awalnya menawarkan unit gantian kepada pemilik Note 7. Tetapi, masalah sama tetap berlaku. Bagai membawa bom tangan, Samsung Galaxy Note 7 sudah tidak boleh diselamatkan.

Akhirnya, pihak Samsung menyekat jualan model tersebut dan menawarkan tukar ganti atau pemulangan wang kepada para pembeli Samsung Galaxy Note 7. Ia memang kisah yang sangat menyayat hati!

Kisah Panas Kedua – Apple iPhone 7 Tiada Sambungan AUX!

Apple pada awalnya dilihat memiliki kelebihan pasaran dan mengambil kesempatan atas apa yang berlaku kepada Samsung. Pengguna Note 7 dianggarkan mungkin akan beralih angin kepada iPhone 7 atau iPhone 7 Plus.

Namun begitu, jangkaan berkenaan ternyata meleset. Apple nampaknya gagal menarik pengguna Note 7 untuk membeli iPhone. Malah bekas pengguna Note 7 masih kekal dengan peranti berasaskan Android dan memilih beberapa peranti premium yang lain antaranya dari Huawei sebagai pengganti Note 7.

Dalam pada itu, Apple nampaknya melangkah berani dengan mengeluarkan sambungan AUX daripada model terbarunya Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.

Apple masih membekalkan ‘headphone’ yang dipanggil AirPods namun perlu berkongsi sambungan dengan sambungan ‘lightning adapter’. Dalam pada itu, Apple sebenarnya mahu memperkenalkan ‘wireless headphones’.

Mereka sudah melancarkan wireless AirPods berkenaan dengan harga sekitar RM800! Adakah ia berbaloi untuk peminat tegar Apple iPhone? Tepuk dada, semak akaun… hehe

Kisah Panas Ketiga – Gabungan Huawei dan Leica Cetus Fenomena!

Bagi saya, ini adalah penanda aras baru bagi telefon pintar bagi tahun 2017. Idea gabungan antara Huawei dan Leica nyata menggemparkan dunia. Dua kamera berkembar dengan lensa dari Leica terletak pada panel belakang.

Hasilnya, Huawei P9 memiliki keupayaan penggambaran yang cukup menakjubkan dan jauh meninggalkan pesaingnya samada Samsung mahupun Apple.

Bukan sahaja kamera, P9 juga adalah sebuah telefon pintar yang sempurna. Baik dari segi spesifikasi, prestasi dan ia turut memiliki rekabentuk yang cukup menawan.

Berdasarkan kepada perbandingan harga pula, Huawei P9 sangat berkelebihan. Dengan spesifikasi dan keupayaan terkini, Huawei P9 ternyata memberi saingan yang sangat sengit kepada Samsung dan Apple.

Kisah Siapa Paling Panas?

Sudah tentu kisah paling panas sepanjang 2016 adalah membabitkan Samsung Galaxy Note 7. Alangkah malangnya Samsung kerana terpaksa mencatatkan kerugian dari model yang dijangka antara paling hangat pada 2016.

Ia semestinya menjejaskan reputasi Samsung. Dengar nama Samsung pun dah ada yang fobia dan ragu-ragu dengan telefon pintar dari syarikat berkenaan.

Kesempatan ini wajar diambil oleh Huawei untuk mengukuhkan jenama mereka bagi mengatasi dua gergasi pengeluar telefon pintar dunia, Samsung dan Apple.

Apa yang saya harapkan pada 2017?

Sudah tentu ramai yang mengharapkan peningkatan teknologi telefon pintar pada 2017.

Contohnya pengecasan pantas (mungkin lebih pantas dan ketahanan bateri lebih lama), rekabentuk yang lebih menawan dan canggih, cip pemprosesan dan grafik lebih maju dan peningkatan kualiti kamera.

Tetapi, tetap ada tapi. Biarlah harga yang ditawarkan adalah munasabah. Pengguna kini lebih bijak untuk menilai. Jika sesebuah telefon pintar lengkap dengan semua teknologi terkini tetapi ditawarkan dalam harga berpatutan sudah tentu ia menarik minat ramai.

Bagaimana pula dengan anda?

Apakah yang anda harapkan ada pada telefon pintar pada tahun ini?

Sumber gambar: Google

– – -[NUFFNANG SPONSORED POST] – – –


Tags: , , , , , , ,

Category: ADVERTORIAL, TEKNOLOGI

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

Sites That Link to this Post

  1. Key photoshop cs6 extended | 18/10/2017
  1. mamasalindah says:

    Samsung masih menjadi pilihan saya

Leave a Reply

Your email address will not be published.