HARGA MASUK KE PULAU TIOMAN NAIK LIMA KALI GANDA

| 11/01/2017 | 0 Comments

Bermula pada 1 Januari 2017, harga masuk ke Pulau Tioman naik lima kali ganda. Harga masuk berkenaan adalah untuk bayaran fi Pemuliharaan Taman Laut.

Bayaran berkenaan akan dikenakan ke atas setiap pelancong asing yang masuk ke kawasan taman laut di seluruh negara termasuklah juga Pulau Tioman.

Harga masuk ke Pulau Tioman naik lima kali ganda!

Bayaran yang dikenakan terhadap pelancong tempatan adalah kekal iaitu dewasa RM5, kanak-kanak dan warga emas RM2 manakala OKU pula percuma.

Manakala fi baharu bagi pelancong asing yang terbaru adalah RM30 bagi dewasa, kanak-kanak dan warga emas RM15 manakala OKU masih kekal percuma.

Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) Pahang, Mohd Fazli Long, dipetik laporan Sinar Harian berkata, pihaknya telah menerima arahan daripada pihak atasan pada tahun lalu supaya melaksanakan kutipan fi baharu itu.

Menampung kos operasi taman laut yang semakin meningkat!

Menurutnya, ia bertujuan menampung kos operasi taman laut yang semakin meningkat dan ia juga tidak pernah naik sejak 2003. Hasil kutipan fi ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Amanah Taman Laut dan Rezab Laut. Ia digunakan sebagai dana bagi menguruskan serta menambah baik taman laut.

Beliau turut memberitahu, caj baharu turut dikenakan ke atas beberapa aktiviti yang dilakukan pelancong asing atau tempatan dalam kawasan taman laut seperti permit berkhemah di Pusat Taman Laut sebanyak RM10 bagi satu tapak khemah.

Selain itu, menurutnya, permit kajian turut dikenakan sebanyak RM200 dengan deposit RM500, permit penggambaran komersial atau dokumentari sebanyak RM100 sehari, operator selam scuba dikenakan sebanyak RM150 dan kapal layar sebanyak RM100 sehari.

“Sambutan bagi fi baharu oleh pihak-pihak yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti itu ada yang setuju dan ada yang membantah namun kita akan buat perjumpaan bagi sesi penerangan, kita harap pelaksanaannya berjalan lancar,” katanya.


Tags: , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.