NAK HENTAM FAM TAPI FAIZ SUBRI JADI MANGSA?

| Jan 11, 2017 | 0 Comments

Inilah jadinya kalau nak hentam FAM tapi Faiz Subri jadi mangsa? Ya, tidak dinafikan mengenai kejayaan kelab berkenaan. Kejayaan membangunkan kelab dengan dana yang cukup besar.

Hasilnya kelab tersebut berjaya menjulang kejuaraan peringkat Asia. Mereka juga berjaya mempertahankan beberapa kejuaraan tempatan lain dan seterusnya menjadi kelab yang semakin digeruni lawan samada dalam liga tempatan mahupun peringkat Asia.

Memang kelab terbaik

Ya, sewajarnya kelab atau persatuan lain mencontohinya. Angkat martabat kelab dan pasukan untuk menjadi yang berjaya, disegani dan gah dipersada liga.

Tapi, siapa lagi sanggup meleburkan dana sehingga berpuluh-puluh juta duit sendiri demi membangunkan kelab seperti itu tanpa ada sebarang ‘pulangan’ melainkan kejayaan demi kejayaan?

Tetap kelab contoh, tapi…

Setakat ini, masih terlalu kurang ahli perniagaan atau kita panggillah sebagai jutawan yang mahu mengambil alih kelab atau persatuan yang ada dalam Liga Malaysia. Sangat kurang. Kerana mereka tidak nampak pulangan yang berbaloi kepada mereka dari segi penjenamaan dan sebagainya.

Kira baguslah kelab berkenaan ada. Ia boleh teruskan usaha untuk mengangkat martabat pasukan dari Malaysia. Ia juga boleh terus kembangkan dan tonjolkan kemampuan pasukan dari Malaysia. Biar mereka nampak apa yang mereka tidak nampak.

Kenapa perlu kaitkan dengan kejayaan Faiz Subri?

Namun begitu, tersangat sayang sekali. Kenapa perlu pertikaikan pujian dan kejayaan yang diterima Faiz Subri? Kejayaannya itu hasil dari usahanya sendiri.

Untuk makluman pihak yang berkenaan, Anugerah Puskas FIFA setakat ini hanya berjaya dimenangi oleh 8 pemain terbaik seluruh dunia sahaja termasuklah yang terbaru Faiz Subri.

Faiz Subri sebaris dengan pemain handalan dunia!

Tidak menjengkelkan rasanya Faiz kini ‘sebaris’ dengan pemain handalan dunia seperti Cristiano Ronaldo (2009), Hamit Altintop (2010), Neymar (2011), Miroslav Stoch (2012), Zlatan Ibrahimovic (2013), James Rodriguez (2014) dan Wendell Lira (2015).

Bukan senang nak memenangi anugerah berkenaan biarpun ramai yang mendakwa gol menarik itu sekadar nasib sahaja dan selepas itu beliau ‘sepi tanpa berita’.

Kalau tak boleh terima, abaikan ulasan FAM

Tidak dapat dipastikan, bila lagi nama anak Malaysia akan tersenarai dalam cukuplah 10 senarai akhir anugerah peringkat FIFA itu. Mungkin perlu mengharapkan keajaiban sekali lagi?

Berkenaan ulasan FAM, ‘tanda aras’ itu mungkin hanya pandangan mereka semata. Janganlah negatif sangat. Ada maksud lain kalau kita nak fikirkan secara positif.

Antaranya, tidak mustahil untuk pemain Malaysia berada di pentas antarabangsa. Asal mereka rajin berusaha. Gol ‘nasib’ ini kalau tiada latihan pun mustahil juga akan berjaya kan?

Begitu juga dengan skuad negara kita, mahupun kelab itu sendiri. Tidak mustahil untuk layak ke Piala Dunia mahupun Kejuaraan Kelab Dunia sekiranya ada peluang dan tidak putus asa berusaha.

Tahniah ammboi ucapkan kepada Faiz Subri. Kejayaan anda memang membanggakan kami warga Malaysia!

Kepada kelab berkenaan, anda memang kelab terbaik.

Terima kasih.


Tags: , , , , ,

Category: SUKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.