SEMAKAN ELAUN PENJAWAT AWAM ADALAH MUNASABAH – TPM

| Jan 12, 2017 | 0 Comments

Berdasarkan kepada kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Disember 2016, tuntutan Cuepacs berkenaan semakan elaun penjawat awam adalah munasabah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkenaan semakan semula elaun-elaun kakitangan awam akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet.

Dua tuntutan akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet

Jelasnya, tuntutan itu adalah munasabah kerana elaun berkaitan sudah tidak disemak selama 14 tahun. Beliau juga ingatkan Menteri Sumber Manusia (Datuk Richard Riot Jaem) untuk membawakan kedua-dua tuntutan itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

Selain itu, tuntutan Cuepacs agar kerajaan mewujudkan Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan untuk sektor awam juga akan dibincangkan pada mesyuarat tersebut.

PM akan dengar permintaan ini

“Saya fikir perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan mendengar permintaan ini dan apabila tiba masa akan memenuhi permintaan ini,” katanya.

Namun, Timbalan Perdana Menteri berkata, apabila menuntut perlu ada timbal balas iaitu penjawat awam perlu menunjukkan peningkatan produktiviti dan prestasi dalam perkhidmatan.

Katanya, sebarang permintaan juga perlu berdasarkan kesesuaian dan kemunasabahan mengikut kesesuaian situasi semasa.

Terdahulu semasa menyampaikan ucapan alu-aluan, Azih mengemukakan beberapa permintaan kepada kerajaan untuk menambah baik perkhidmatan awam yang antara lain termasuk mewujudkan skim insurans dan mengekalkan saiz perkhidmatan awam.


Tags: , , , ,

Category: INFO KAKITANGAN AWAM

Leave a Reply

Your email address will not be published.