PUNCA SEBENAR SAMSUNG GALAXY NOTE 7 TERBAKAR TERJAWAB

| 24/01/2017 | 0 Comments

Pada tahun lepas, dunia dikejutkan dengan masalah yang menimpa Samsung Galaxy Note 7. Ia sepatutnya model yang bakal melonjakkan nama Samsung, namun sebaliknya berlaku.

Pelbagai masalah timbul daripada peranti Note 7 dan antara yang paling sadis ia telah meletup dan mencederakan pemiliknya. Samsung akhirnya ambil keputusan menarik balik model tersebut.

Punca sebenar Samsung Galaxy Note 7 terbakar terjawab!

Memetik sumber berita hari ini [Sinar Harian], Samsung Electronics Co Ltd akan terus menangguhkan pengeluaran telefon pintar Galaxy S bagi meningkatkan keselamatan produk berikutan siasatan terhadap punca kebakaran peranti Note 7.

Mengakhiri siasatan panjang terhadap punca Note 7 terbakar, pengeluar telefon pintar terkemuka di dunia itu berkata, bateri yang rosak dari dua pembekal dituduh menjadi punca kegagalan produk berkenaan yang menyebabkan kerugian AS$3.3b (RM23.2b) dalam keuntungan operasi.

Menurut Koh, siasatan oleh pakar dalaman bebas menolak masalah berkaitan perkakasan dan perisian Note 7. Sebaliknya, pembuatan dan kecacatan reka bentuk dalam Note 7 menyebabkan litar pintas.

Samsung Electronics tidak menamakan pembekal bateri pada Isnin tetapi sebelum ini dikenal pasti sebagai Samsung SDI Co Ltd dan China’s Amperex Technology Ltd (ATL).

Labur untuk meningkatkan keselamatan produk!

SDI berkata dalam satu kenyataan, syarikat itu akan melabur AS$128.56 juta (RM 570j) untuk meningkatkan keselamatan produk dan dijangka terus membekalkan bateri untuk telefon Samsung.

Samsung berkata, ia menerima tanggungjawab untuk meminta pembekal bateri untuk memenuhi spesifikasi tertentu dan tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Antara langkah-langkah lain untuk meningkatkan keselamatan, Samsung berkata ia telah melaksanakan sistem mendaftar bateri lapan mata untuk mengelakkan sebarang masalah.

Menurut sumber yang sama, Galaxy S8 tidak akan dilancarkan pada Kongres Mudah Alih dunia (MWC) di Barcelona bermula 27 Feburari 2017 ini, iaitu forum di mana Samsung kebiasaanya akan melancarkan produk premium mereka.

Beliau tidak mengulas lanjut sama ada syarikat itu akan melancarkan telefon bimbit baharu. Tambahan pula, kini reputasi Samsung merudum selepas mengumumkan penarikan balik Note 7 selepas beberapa laporan peranti berkenaan terbakar.

Sumber gambar: EH!


Tags: , , , , , , ,

Category: TEKNOLOGI

Leave a Reply

Your email address will not be published.