SEMAK KEPUTUSAN SPM 2016 SECARA ONLINE DAN SMS

| Feb 15, 2017 | 0 Comments

Semak keputusan SPM 2016! Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 akan diumumkan pada 16 Mac 2017 ini.

Pengesahan itu dibuat oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, dalam kenyataan yang dikeluarkan petang tadi, bagi mengulas isu tarikh pengumuman yang viral dalam media sosial.

Beliau berkata, KPM sentiasa memastikan semua proses penyediaan data keputusan peperiksaan SPM pada semua peringkat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Katanya ini bagi memastikan keputusan yang dikeluarkan adalah tepat dan sahih demi keadilan kepada calon.

Berikut adalah kenyataan media rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan keputusan SPM 2016 ditular dalam media sosial.

Calon-calon boleh semak keputusan SPM 2016 secara online dan SMS sebagaimana panduan dibawah:

Semakan Online SPM 2016

Sistem semakan online bagi keputusan SPM 2016 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi serta masa keputusan diumumkan.

Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (–) dan Nombor Angka Giliran tanpa “selang” dalam ruangan yang tersedia.

Semakan keputusan secara atas talian (online) menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan ringkasan keputusan.

Slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN. [PAUTAN SEMAKAN ONLINE SPM 2016]

Semakan SMS SPM 2016

Semakan keputusan melalui pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut:

Taip : SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888

Contoh : SPM 991403025778 KC007B067 hantar ke 15888

Cara Mendapatkan Slip Keputusan Penuh SPM 2016

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan melalui sekolah masing-masing bermula pada jam 10 pagi. Manakala calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mendaftar dahulu.


Tags: , , , , , , ,

Category: PENDIDIKAN DAN KERJAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published.