JUMLAH PENJAWAT AWAM PUNCA KEJATUHAN HASIL KERAJAAN?

| Feb 18, 2017 | 0 Comments

Jumlah penjawat awam punca kejatuhan hasil kerajaan? Alamak, kecoh pula beberapa hari lepas dengan isu jumlah penjawat awam yang ramai menjadi punca kejatuhan hasil kerajaan. Kenapa isu ini boleh timbul?

Rupanya ada pihak yang memanipulasikan kenyataan dari Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Sedangkan ianya berlainan dengan apa yang sebenarnya beliau nyatakan.

Memetik sumber Berita Harian Online, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah penjawat awam menyebabkan kejatuhan hasil kerajaan.

Datuk Seri Johari berkata beliau juga tidak pernah mengeluarkan statistik perbandingan dengan negara-negara lain mengenai jumlah kakitangan kerajaan.

“Apa yang saya nyatakan pada surat khabar Oriental Daily (akhbar harian bahasa Cina) hanyalah jumlah kakitangan kerajaan serta jumlah emolumen tahun 2016 yang dibayar oleh kerajaan. Kenyataan fakta saya telah dimanipulasi oleh pihak pembangkang,” katanya.

Setahu ammboi, memang ramai yang ‘sakit hati’ dengan penjawat awam. Isu kecil pun boleh jadi isu besar.

Bagaimana pula dengan anda?

Adakah anda setuju jumlah penjawat awam yang terlalu ramai membebankan kerajaan?


Tags: , , , ,

Category: INFO KAKITANGAN AWAM

Leave a Reply

Your email address will not be published.