SEJAK BILA MENGAYUH BASIKAL PADA JAM 3 PAGI SECARA BERAMAI-RAMAI DAN BERADA BERKUMPULAN DI ATAS JALAN RAYA ADALAH KESALAHAN?

| 23/02/2017 | 0 Comments

Tragedi yang mengorbankan lapan remaja berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru minggu lalu masih lagi belum menemui jawapan. Kes berkenaan sehingga kini masih dalam siasatan pihak polis.

Pelbagai ‘andaian’ disebarkan di media sosial berkenaan kes tersebut. Namun begitu, ia satu persatu dinafikan oleh pihak berkuasa berdasarkan kepada laporan siasatan awal mereka.

Antaranya adalah;

  1. Pemandu wanita tidak mabuk.
  2. Pemandu wanita tidak menggunakan telefon ketika memandu.
  3. Pemandu wanita tidak memandu dalam keadaan laju.

Ada banyak lagi penafian berkaitan dengan pemandu wanita tersebut dan anda turut boleh berkongsu dan sertakan dalam ruangan komen dibawah.

Kemudian, pelbagai pula kenyataan dikeluarkan seolah-olah meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada kumpulan remaja berkenaan dan ibubapa mereka.

Antaranya adalah;

  1. Penunggang basikal perlu patuhi garis panduan ketika di jalan raya.
  2. Larangan berbasikal dan berkumpul pada awal pagi.
  3. Ibu bapa perlu awasi anak-anak.

Ia sudah tentu menjadi tanda tanya banyak pihak.

Menerusi laporan myMetro, Pengamal Undang-Undang, Datuk Seri Zulkifli Noordin telah memberi pandangannya berhubung kemalangan yang mengorbankan lapan penunggang basikal remaja di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru, minggu lalu.

“Sejak bila mengayuh basikal pada jam 3 pagi secara beramai-ramai dan berada berkumpulan di atas jalan raya adalah kesalahan mengikut Akta Pengangkutan dan Peraturan Lalu Lintas.

“Isu yang dipersoalkan sekarang adalah kes kemalangan yang mengorbankan lapan nyawa. Persoalan remaja mengayuh basikal pada awal pagi mungkin isu sosial yang perlu ditangani secara berasingan.”

Katanya lagi, wujud beberapa persoalan yang perlu dijawab pihak berkuasa terutama berhubung pemandu kereta wanita yang merempuh sekumpulan penunggang basikal berkenaan.

“Saya meneliti gambar kawasan tragedi dan melihat rempuhan itu berlaku di tepi jalan sebelah kiri. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat jelas menunjukkan ia adalah satu rempuhan dari belakang yang kuat sehingga mengorbankan lapan remaja.

“Ada juga dakwaan daripada saksi kejadian bahawa pemandu wanita itu memandu secara laju menuruni bukit terbabit. Dakwaan ini seharusnya disiasat secara terperinci oleh polis (walaupun sudah dinafikan polis),” katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan polis merahsiakan identiti pemandu wanita itu kerana merasakan tiada ancaman keselamatan yang membolehkan pihak berkuasa berbuat demikian.

“Saya tidak bermaksud untuk membela aktiviti remaja ini tetapi isunya sekarang adalah siapa yang harus dipersalahkan,” katanya.

Ammboi setuju dengan pandangan beliau.

Anda pula bagaimana?


Tags: , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.