XIAOMI MI MAX TELEFON BESAR TERBAIK 2016

| 23/02/2017 | 0 Comments

Kalau zaman ammboi remaja, semua orang berlumba-lumba nak memiliki telefon paling kecil dan nipis. Namun begitu, pada masa kini nampaknya sudah terbalik.

Semua orang mahu memiliki telefon pintar besar. Setidak-tidaknya sekitar 5 hingga 5.5 inci dianggap paling sedap dipakai. Tidak hairanlah kalau pengeluar telefon terkemuka dunia sibuk mengeluarkan model terbaru keluaran mereka dengan saiz sedemikian.

Antaranya adalah Samsung dengan Note 5, S6, S7, A7, A9 dan banyak lagi. Tidak kurang juga dengan Apple iaitu iPhone 6s dan 7 dengan paparan 4.7 inci serta 6s plus dan 7 plus dengan paparan 5.5 inci.

Namun begitu, harga untuk model popular tersebut adalah sangat mahal. Tetapi, jenama dari China kini semakin mencuri perhatian. Huawei, Oppo, Asus, Xiaomi, Lenovo, Doogee, Leagoo dan banyak lagi jenama lain seperti sudah hampir berjaya menyaingi Samsung dan Apple.

Mereka kini berjaya mengeluarkan model-model terbaik dengan harga yang lebih mampu milik dan munasabah. Antara yang paling mencuri perhatian ammboi sepanjang tahun 2016 adalah model keluaran Xiaomi iaitu Mi Max.

Pada ammboi, Xiaomi Mi Max adalah antara telefon pintar dengan skrin besar terbaik yang berjaya ammboi miliki pada tahun 2016. Kalau tak silap ammboi ia mula diperkenalkan pada Mei 2016 dan mula memasuki pasaran Malaysia (Original Malaysia Set) pada September 2016.

Kelebihan Mi Max adalah skrinnya yang cukup besar iaitu 6.44 inci (173.1 x 88.3 x 7.5 mm). Sangat seronok layan movie dan bermain pelbagai permainan. Paparannya cukup jelas dan tidak mengecewakan.

Dari segi keupayaannya pula, Mi Max (Malaysia Set) hadir dengan 3gb ram dan 32gb rom. Ia cukup untuk menampung pelbagai aplikasi dan anda boleh menikmatinya tanpa sebarang gangguan.

Untuk versi Mi Max Original AP Set pula, ada empat lagi variasi. Iaitu 2gb/16gb, 3gb/32gb, 3gb/64gb dan versi prime 4gb/128gb. Bagai versi biasa termasuklah versi Malaysia, ia hadir dengan cip Qualcomm MSM8956 Snapdragon 650 (Hexa-core – 4×1.4 GHz Cortex-A53 dan 2×1.8 GHz Cortex-A72).

Bagaimanapun untuk versi Prime dan kalau tak salah versi 3gb/64gb ia dipadankan dengan cip Qualcomm MSM8976 Snapdragon 652 (Octa-core 4×1.8 GHz Cortex-A72 dan 4×1.4 GHz Cortex-A53). Kesemua versi Max disertakan dengan cip grafik Adreno 510 dan berupaya untuk menampung 2 kad sim (dual 4G).

Paling menarik mengenai Xiaomi Mi Max ni adalah mengenai baterinya! Ketahanan bateri Mi Max boleh menjangkau 2 hari (penggunaan normal). Dengan kapasiti 4850 mAh, Mi Max juga boleh menyokong untuk mengecas telefon lain. Wah, siap boleh jadi powerbank!

Panjang pula nak mengulas mengenai Mi Max. Cakap banyak pun tak guna. Bila dah pakai baru tahu akan kehebatannya.

Artikel ini tidak dibayar oleh sesiapa. Ia adalah pandangan ikhlas dari ammboi.

6s pun ammboi boleh ketepikan sejak ada Xiaomi Mi Max nih! haha…


Tags: , , , , , , ,

Category: TEKNOLOGI

Leave a Reply

Your email address will not be published.