ARY MALIK KRITIKAL KANSER OVARI TAHAP EMPAT, MASIH BELUM SEDAR

| 28/02/2017 | 0 Comments

Ary Malik kritikal kanser ovari tahap empat! Pelakon dan pengacara Ary Malik yang popular sekitar tahun 1990-an telah dimasukkan ke Hospital Ampang pada 18 Februari 2017 lalu akibat kanser ovari dan kini keadaannya difahamkan kritikal.

Memetik beberapa sumber berita, Ary Malik disahkan menghidap kanser ovari pada Mei tahun lalu.

Suami kepada Ary, Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, berkata;

“Ary mengalami sakit-sakit kira-kira setahun lalu dan selepas menjalani pembedahan di Hospital Tunku Mizan (Wangsa Maju) pada Mei lalu, barulah kanser ini dikesan. Mulanya kami ingat ia ketumbuhan biasa.”

Susulan daripada penyakit kanser yang dihidapi oleh Ary itu beliau telah menjalani kimoterapi sejak Jun tahun lalu. Namun keadaannya semakin kritikal dan dia terpaksa dibawa ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Doktor yang merawat Ary turut mengesyaki bahawa Ary juga menghidap tumor yang dipercayai telah merebak ke kepalanya.

Sama-sama kita mendoakan agar Ary Malik akan segera sembuh daripada penyakit yang dihidapinya dan dapat meneruskan hidup seperti sediakala bersama keluarga tercinta. Insya Allah.


Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.