HARGA MINYAK BULAN MAC 2017 KEKAL?

| 28/02/2017 | 0 Comments

Hari ini merupakan hari terakhir bagi bulan Februari. Tidak dinafikan, ramai mula memikirkan mengenai ‘nasib’ mereka pada malam ini. Adakah beban mereka akan bertambah atau sebaliknya?

Seperti biasa, pada malam hari terakhir setiap bulan akan ada pengumuman harga minyak petrol dan diesel. Kalau sebelum ini ada desas-desus mengatakan akan berlakunya kenaikan lagi bagi harga minyak pada bulan Mac setelah peningkatan ketara bagi bulan Februari 2017.

Ramai yang gusar dan ada juga yang sudah redha. Bagaimanapun menerusi sumber info, harga pasaran minyak petrol bulan Mac dijangka tidak berubah.

Menurut sumber itu, ia kerana tiada perubahan ketara pada kadar pertukaran mata wang ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak mentah dunia.

Ramalan berkenaan sebenarnya dibuat oleh pakar ekonomi tempatan, Datuk Chua Tia Guan seperti dilaporkan China Press yang ammboi petik dari akhbar Sinar Harian Online.

Jelasnya, mengikut harga minyak mentah dunia pada bulan ini dan bulan lepas, tiada perbezaan yang besar iaitu berada di paras antara AS$55-AS$57 setong.

“Ditambahkan pula tiada perbezaan yang banyak pada kadar pertukaran mata wang ringgit kepada dolar AS, saya boleh meramalkan harga minyak pada bulan hadapan adalah sama seperti bulan ini,” kata beliau yang juga Ketua Khidmat Rundingan Cukai dan Kewangan Great Vision Advisory Group.

Tian Guan menegaskan, ramalannya adalah berdasarkan pada kedudukan semasa harga minyak mentah dunia dan bukan pada Mean of Platts Singapore (MOPs) yang membuat penarafan dan menilai kos minyak secara purata setiap hari.

Apapun, ia hanyalah ramalan semata. Apa yang bakal berlaku hanya akan diketahui pada malam ini.

Semoga tabah.


Tags: , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.