EMPAT TANDA SUAMI CURANG

| Mar 6, 2017 | 0 Comments

Hari ini ada sedikit perkongsian untuk kaum wanita mengenai kaum lelaki. Bukan nak pecah tembelang kaum lelaki, namun sekadar ‘ilmu’ hidup untuk wanita menghadapinya pada masa akan datang.

Perkongsian dibawah ini hanyalah teori dari pakar. Namun apa yang penting adalah kepercayaan antara isteri kepada suami dan begitu juga sebaliknya.

Biasalah, dalam perkahwinan tentu ada badai yang melanda. Lebih-lebih lagi dengan lambakan media sosial kini membuatkan ada segelintir insan bernama suami yang mengambil kesempatan untuk berlaku curang.

Memetik laporan Sinar Harian Online, Kaunselor, Dr Syed Yusainee Yahya berkata, bahawa terdapat empat simptom tanda-tanda suami curang.

  1. Pertama ialah melalui telefon pintar, jika sebelum ini suami jarang mengunci alatan tersebut namun secara tiba-tiba dia mula membawanya ke mana-mana maka tentu ada ‘sesuatu’ di situ.
  2. Kedua, suami sentiasa mengatakan ‘overtime’ di tempat kerja tetapi gaji tak naik pun, bila hujung bulan mengadu tiada duit.
  3. Selain itu, apabila suami mendakwa dia keluar malam pergi main futsal atau lepak dengan kawan-kawan tapi pakai lawa-lawa dan tidak berpeluh pun semasa balik.
  4. Satu simptom yang ketara juga adalah apabila sang suami mula menggunakan kad kredit tanpa pengetahuan isteri. Kalau tiba-tiba muncul bil kad kredit yang isteri tidak ketahui sebelum ini dan juga jumlahnya yang agak banyak sedangkan si isteri tidak pernah mendapat barangan baru daripada suami menunjukkan bahawa kes ini sudah ke tahap serius.

Bagaimanapun, jelasnya yang penting dalam rumahtangga adalah kepercayaan antara pasangan dan juga komunikasi antara kedua-duanya,jika tiada maka susahlah untuk bahagia.

Syed Yusainee mendakwa berdasarkan kajian luar negara juga menunjukkan sebab utama kes curang berlaku adalah kerana ketidakpuasan emosi. Sebanyak 48 peratus kes curang berlaku adalah kerana ketidakpuasan emosi terhadap pasangan sebelum dan selepas berkahwin.

Contohnya seperti kes ‘kahwin paksa’ dan juga isteri yang berjawatan lebih tinggi daripada suami antara sebab utama kes ini terjadi.


Tags: , , , ,

Category: INFO KELUARGA DAN KESIHATAN, INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.