MAK, KENAPA TAK BUKA LAMPU? KENAPA ALLAH AMBIL BALIK MATA ABANG CHIK?

| Mar 7, 2017 | 0 Comments

Sayu bila baca kisah adik Muhammad Fariz Zharfan b. Roslan. Dalam usia sekecilnya sudah diuji dengan pelbagai dugaan. Lagi sayu bila mendengar rintihan dan pertanyaan mengenai apa yang berlaku kepadanya.

Terima kasih kepada Kak Natipah Abu yang berkongsi kisah adik Fariz Zharfan, 8 tahun, menerusi laman Facebooknya. Kisah yang wajar kita beri perhatian dan bantuan.

Untuk makluman semua, apa yang berlaku kepada adik Fariz atau Abang Chik bermula pada 16 November 2015. Ketika itu, segalanya berubah, dunianya tiba-tiba kelam sebelum akhirnya bibirnya juga tidak mampu lagi berkata-kata.

Hari-hari yang dilalui seperti biasa tiba-tiba berubah sekelip mata.

“Mak…kenapa mak tak buka lampu?”

Berderau darah si ibu. Hancur luluh hatinya.

Dalam linangan air mata… dia mendakap tubuh anak tersayang. Dia tak pernah lupa detik bening subuh itu, saat mengejutkan anaknya dari tidur.

“Mak.. kenapa Allah ambil balik mata Abang Chik?”

Soalan itu acapkali ditanya Abang Chik. Hati ibu mana yang tidak pilu bila anak yang dulu sihat… berlarian ke sana ke sini… gelak tawanya menghiburkan keluarga… kini menjadi buta tiba-tiba.

“Mak… A bukan macam ni! Abang Chik tau huruf A.”

Memasuki tahun 1 sebagai pelajar buta…. bukannya mudah buat Abg Chik. 5 bulan setelah itu… akhirnya dia semakin lemah dan tidak mampu berjalan lagi.

Betapalah berat ujian insan terpilih ini… dalam sekelip mata…. dari anak yg sihat, dia tiba-tiba terlantar tanpa mampu bercakap dan bergerak lagi.

Hasil ujian MRI, doktor mengesahkan lemak yang terkumpul di dalam saraf otaknya menyebabkan mata dan anggota tubuh tidak dapat menghantar isyarat ke otaknya lagi.

Anak kepada tukang rumah ini memerlukan dana untuk menyiapkan bilik khas untuknya yang selalu menangis mendengar adik dan abang bermain.

Bagi mereka yang ingin membantu boleh salurkan ke:

(Bapa) Roslan bin Adnan – 152219080908 Maybank
(Ibu) Nurbaizura binti Zakaria – 152023536365 Maybank

Atau pemegang amanah:

Natipah Abu – 552107617521 Maybank

Anda juga boleh hubungi ibu adik Fariz:

013-4029609 (Puan Nurbaizura)

Semoga dengan bantuan anda, dapat membantu adik ini dan keluarganya. Insya Allah.


Tags: , , , , ,

Category: INFO SEMASA, VIRAL TERKINI

Leave a Reply

Your email address will not be published.