MUKA GADIS LOMPONG SELEPAS DIJANGKITI BAKTERIA PEMAKAN DAGING

| Mar 11, 2017 | 0 Comments

Muka gadis lompong selepas dijangkiti bakteria pemakan daging! Inilah antara sebab aspek kebersihan amat dititikberatkan dalam bidang perubatan. Jika ia diabaikan, dibimbangi kesan sampingan akan berlaku kepada pesakit.

Dijangkiti Selepas Cabut Gigi…

Itu yang ammboi boleh kaitkan dengan kes yang berlaku kepada seorang remaja perempuan di Phnom Penh, Kemboja. Akibat mencabut sebatang gigi, dia kehilangan separuh wajahnya selepas dijangkiti sejenis bakteria pemakan daging.

Remaja perempuan tersebut, Suth Ret, 18, terkena jangkitan kuman dikenali sebagai Necrotising Fasciitis selepas menjalani rawatan pergigian berkenaan pada Disember lalu.

Bakteria Masuk Saluran Darah…

Kerana luka di gusinya tidak dirawat dengan cepat, sejenis bakteria yang wujud di tekak remaja itu telah masuk ke saluran darahnya. Bakteria itu mula memakan kulit dan daging pada bahagian kanan mukanya menyebabkan Suth kini hampir tidak memiliki wajah.

Suth kini bertarung nyawa di sebuah hospital di negara berkenaan dan doktor berusaha menghentikan kuman itu daripada terus merebak ke keseluruhan mukanya. [Sumber asal: myMetro]


Tags: , , , , , , , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.