VIDEO DAN GAMBAR WANITA PANDU KERETA GEN2 LAWAN ARUS DI LEBUHRAYA UTARA SELATAN

| Mar 14, 2017 | 0 Comments

Seorang mat manakala lima lagi cedera apabila tindakan seorang wanita yang memandu melawan arus di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Sungai Dua pagi tadi membawa padah.

Kereta yang dipandu wanita berkenaan jenis Proton Gen2 telah melanggar beberapa buah kereta lain, sebuah van kilang dan sebuah motosikal telah menyebabkan seorang lelaki yang memandu Perodua Kelisa maut akibat kecederaan parah.

Memetik laporan Sinar Harian Online, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menerima satu laporan mengenai kejadian kemalangan kira-kira jam 7.50 pagi.

“Siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Proton Gen2 dipercayai memandu dengan melawan arus dari arah bertentangan iaitu dari Sungai Dua menghala ke Butterworth.”

“Apabila tiba di lokasi kejadian kereta yang dipandu seorang wanita itu kemudiannya dipercayai melanggar sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandu mangsa yang berumur lingkungan 26 tahun itu.

“Perlanggaran tersebut mengakibatkan kereta yang dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan dan pada masa sama berlanggar dengan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki,” katanya.

Katanya, pada masa sama, kereta jenis Proton Gen2 itu hilang kawalan dan menyebabkan ianya berpusing dan melanggar dengan dua buah kereta dan sebuah van kilang.

“Mangsa yang memandu Perodua Kelisa tersebut dikenali sebagai Mohamad Fandi Rosli berusia 26 tahun itu mengalami cedera parah dan disahkan meninggal di tempat kejadian. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat,” katanya.

Menurut beliau lagi, mangsa lain yang terlibat mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya. Pemandu Gen2 kini masih ditahan dan kini sedang dirawat di Hospital Bukit Mertajam.

Katanya lagi, siasatan lanjut mengenai kes ini masih dijalankan dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Memetik beberapa sumber, pemandu Gen2 berkenaan didakwa larikan diri selepas melanggar sebuah Perodua Alza. Akhirnya kemalangan yang lebih teruk berlaku.

“Takziah untuk keluarga arwah.. Dengar kata pesalah masuk lorong salah sbb larikan diri sbb dia langgar Alza kat sg 2 dan takmau bertanggungjawab. Lastly dia langgar org lain plak dari arah bertentangan. Pemandu wanita yg bwk gen 2, tu dah langgar satu keta lain masa dekat tol, keta alza. Bumper keta gen2 tu jatuh di tol, so dia cuak, dia nak larikan diri, dia pusing dekat tol dan drive melawan arus. Nk lari dr 1 accident, akhirnya melibatkan accident lagi besar. Dan arwah yg meninggal naik keta kelisa tu baru kawin bulan 12 tahun lepas, dan wife dia tgh pregnant. Moga family arwah tabah dan moga pemandu tu mendapat balasan setimpal.”

Semoga beliau dikenakan hukuman yang setimpal. [Sumber VIDEO]


Tags: , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.