KASIH SEORANG AYAH, SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA DEMI ANAKNYA

| 04/04/2017 | 0 Comments

Syurga anak terletak di bawah kaki ibu, kasih ayah pula tiada sempadannya! Begitulah kisah seorang lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja untuk merawat anaknya yang menderita kanser.

Memetik laporan Sinar Harian Online, pada 2015, anak Feng Kai telah disahkan menghidap iaitu leukemia.

Feng Kai yang bekerja sebagai mekanik terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anaknya, manakala bil rawatan yang tinggi mula tinggi membukit.

Untuk tempoh dua tahun, keluarga Feng Kai berjaya mengumpul lebih RM200,000 namun ia masih belum mencukupi dan memaksa Feng Kai untuk meminjam wang.

Akibat tidak selesa meminjam wang, Feng Kai akhirnya membuat keputusan drastik untuk memakai kostum beruang dan menjual ‘pelukan’ berharga RM6 untuk mengumpul wang, minggu lepas.

Feng Kai juga memakai plakad yang menceritakan mengapa beliau memakai kostum beruang tersebut.

Pada mulanya, tidak ramai yang mempedulikan usaha lelaki tersebut, malah beliau mendapat kutipan yang sangat sedikit.

Akhirnya, kisah Feng Kai menjadi tular di laman sosial dan pelayar memberikan perhatian kepada kisah Feng Kai.

Menurut laporan Shanghaiist, atas usaha pelayar laman sosial, Feng Kai berjaya mengumpul RM100,000 dalam masa seminggu.

Kisah Feng Kai bukan kisah baharu di China, malah ramai lagi insan dan keluarga yang menderita berpanjangan akibat bil rawatan yang tinggi.

Sebelum ini, pelayar laman sosial di China pernah dikejutkan dengan kisah seorang gadis yang cuba menjual daranya di dalam kereta api untuk menanggung kos rawatan kanser abangnya.


Tags: , , , , , , ,

Category: DUNIA, FEATURED

Leave a Reply

Your email address will not be published.