PELANCARAN iPHONE 8 MUNGKIN PADA SEPTEMBER 2017?

| 06/04/2017 | 1 Comment

Alamak. Dah keluar khabar angin mengenai model terbaru Apple iPhone. Belum lagi sempat merasa iPhone 7 kini cerita mengenai iPhone 8 sudah mula tular.

Memetik beberapa sumber info, Apple dikatakan bakal melancarkan peranti terbaru mereka iaitu iPhone 8 antara September hingga November 2017 depan.

Sempena menyambut ulang tahun iPhone ke-10, Apple dijangka menampilkan peranti pintar paling radikal dengan gabungan reka bentuk dan perkakasan terkini.

Mengikut khabar angin, iPhone 8 hadir dengan pelbagai ciri terbaru menggunakan pemproses A11 termasuk skrin berteknologi OLED, resolusi lebih tinggi daripada model sebelumnya dengan 2800×1242 piksel selain skrin berukuran 5.8 inci.

Selain daripada itu, Apple iPhone 8 juga dikhabarkan bakal tampil dengan kamera depan tiga dimensi (3D).

Berdasarkan kepada info mengenai produk terbaru Apple itu, harga iPhone 8 juga mungkin bakal ‘memberi masalah’ kepada peminatnya.

Apapun, ia tetap menjadi pilihan kepada ‘peminat tegarnya’.

Kronologi Apple iPhone:

2007 – iPhone
2008 – iPhone 3G
2009 – iPhone 3GS
2010 – iPhone 4 (new design)
2011 – iPhone 4s
2012 – iPhone 5 (new design)
2013 – iPhone 5s
2014 – iPhone 6 and iPhone 6 Plus (new design)
2015 – iPhone 6s and iPhone 6s Plus
2016 – iPhone 7 and iPhone 7 Plus
2017 – iPhone 8 and iPhone 8 Plus


Tags: , , , , , , , , ,

Category: FEATURED, TEKNOLOGI

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. raihana says:

    iphone mmg the best phone i pernah guna. Tapi memang tak terkejar sebab harganya buat poket bocor..๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‹..current 5S phone dah 4 tahun guna..masih steady..๐Ÿ‘๐Ÿป

Leave a Reply

Your email address will not be published.