JURUFOTO DILANTIK AUDI UNTUK PENGGAMBARAN KERETA BERNILAI RM200,000 TETAPI BELIAU GUNA KERETA MAINAN SAHAJA

| 07/04/2017 | 0 Comments

Sebagaimana yang kita maklum, adalah perkara biasa melantik seorang jurufoto bagi membuat pengambaran sesuatu produk jika mahukan hasil yang menarik.

Kita juga sedia maklum, sudah semestinya apabila melantik jurufoto ia akan menelan kos yang tinggi.

Namun begitu, salah seorang jurufoto profesional, Felix Hernandez berjaya membuktikan kreativiti lebih diutamakan berbanding kos yang mahal.

Felix telah dilantik oleh Audi Timur Tengah untuk menjalankan pengambaraan kereta terbaru keluaran jenama berkenaan dan beliau begitu teruja untuk menghasilkan sebuah projek mega tetapi bersaiz kecil.

Percayakan anda, Felix menangkap gambar kereta Audi menggunakan kereta mainan sahaja?

Walaupun Felix pakar dengan dunia serba ‘kecil’ ini, tetapi projek ini merupakan projek yang paling mencabar dan sukar bagi beliau.

“Saya lebih biasa dengan model bersaiz skala 1/18 tetapi untuk model Audi Q2 saya perlu menggunakan model bersaiz skala 1/43”. Jelas Felix dalam satu kenyataan.

Beliau ternyata berbangga kerana projek sekecil ini adalah yang pertama kali dibuat olehnya. Walaupun mencabar, ia ternyata berjaya dan membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Untuk projek penggambaran ini, Felix telah mencipta padang pasir tiruan hasil rekaan sendiri. Gumpalan pasir dan air digunakan bagi mencipta satu hasil yang sangat artistik.

Untuk meningkatkan pencahayaan, beberapa lampu LED digunakan. Beliau juga telah mencipta satu jalan raya seolah-olah seperti berada di Dubai.

Walaupun demikian, Felix turut melawat Dubai bagi melihat keadaan sebenarnya disana. Ia boleh dijadikan contoh dan inspirasi untuk menghasilkan foto yang menakjubkan.

Khas buat semua, saksikan hasil fotografi Felix Hernandez!

Berikut pula adalah video disebalik sebuah projek ‘mini’ Felix Hernandez!

sumber: boredpanda


Tags: , ,

Category: FEATURED, TEKNOLOGI

Leave a Reply

Your email address will not be published.