PAK NIL JUGA PERTAHAN NAJIP ALI – “YANG TUKANG BAKAR, SILA BAKAR DIRI SENDIRI”

| 08/04/2017 | 0 Comments

Kisah kontroversi pengacara dari Singapura, Najip Ali masih menjadi topik utama arena hiburan di negara kita. Isu beliau dan beberapa rakannya dalam satu program TV di sana menghina PM hangat diperkatakan.

Walaupun Najip Ali dan stesen TV berkenaan sudah memohon maaf, ia nampaknya masih gagal meredakan keadaan. Masih ada pihak yang mahu Najip dan rakan selebritinya dalam program tersebut dikenakan tindakan yang lebih tegas.

Jika sebelum ini, Afdlin Shauki tampil untuk pertahankan Najip Ali dan berpendapat rakan artisnya itu ‘terperangkap’ dengan soalan dari program TV tersebut.

Terbaru, pengganti Najip sebagai juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017, Datuk Aznil Hj Nawawi pula tampil untuk meredakan keadaan.

Aznil atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Nil di laman instagramnya memberikan kata-kata semangat kepada Najip.

Salam semua,

Malam ini bermula perjalanan #Paknil sebagai juri di Maharaja Lawak Mega. Tawaran diberi 2 hari lepas ketika Paknil berada di London atas urusan kerja. Paknil baru sahaja menjejakkan kaki di KLIA dan harus bergegas ke Shah Alam untuk siaran Langsung MLM.
Sebagai seorang yang profesional, Paknil menerima tawaran itu untuk memastikan MLM berjalan lancar. Paknil tahu tugas Paknil adalah untuk menggantikan Najip Ali, yg juga sahabat Paknil dari Singapura.

Tiada isu kualiti penjurian, sebab Paknil akan lakukan mengikut kayu ukur yang berbeza.
Paknil harap kita semua ‘move on’ dari isu pengguguran Najip. Sebagai sahabat, anggaplah Paknil menggantikan keceriaan Najip. Lagi pun Paknil sendiri mempunyai peminat yang ramai di Singapura dan diharap kehadiran Paknil menjadi ubat luka warga di sana. Anggaplah kehadiran Paknil sebagai penambat kasih sayang hubungan dua rumpun yang kini diuji.

Saya yakin peminat bijak untuk tidak membandingkan saya dengan Najip sebab kami mempunyai kualiti yang tersendiri dan berbeza. Ayuh lupakan episod yang telah berlaku dan kita raikan permulaan baru pada apa yang berlaku.

Doakan Paknil.

Pak Nil juga ada tinggalkan pesanan pedas kepada si batu api.

Siapa pula batu api ni? Hmm…

To Najip Ali, stay cool as you have always been. Yg tukang bakar, sila bakar diri sendiri

sumber : Instagram Datuk Aznil Hj Nawawi

Kalangan pembaca blog ini juga berharap Najip Ali dimaafkan. Biasalah, kita sebagai manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Takkanlah hanya kerana satu kesilapan, habis semua nak dikecam.

Adakah anda setuju?


Tags: , , , , , ,

Category: FEATURED, HIBURAN, VIRAL TERKINI

Leave a Reply

Your email address will not be published.