ZED ZAIDI JELAS PUNCA TERUSKAN TINDAKAN TERHADAP NAJIP ALI, BUKAN CARI PUBLISITI

| 10/04/2017 | 0 Comments

Sudah beberapa hari berlalu, kisah kontroversi pengacara dari Singapura, Najip Ali yang didakwa mempersenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum reda. Masih ramai yang mengikuti perkembangan isu berkenaan.

Apa yang kita semua maklum, Najip dan stesen televisyen Mediacorp Channel 5 sudah memohon maaf diatas apa yang berlaku dalam rancangan OK Chope! yang disiarkan pada 29 Mac 2017 yang lalu. Pihaknya sudah menarik balik siaran ulangannya.

Najip Ali sudah terima banyak hukuman…

Kita juga tahu, Najip Ali sudah disingkirkan dari tugasnya sebagai juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017. Kini tempatnya digantikan oleh Datuk Aznil Hj. Nawawi.

Isu berkenaan sepatutnya sudah selesai kerana Najip dan Mediacorp sudah membuat permohonan maaf sebagaimana yang dituntut oleh banyak pihak antaranya, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Zed Zaidi jelas punca teruskan tindakan terhadap Najip Ali…

Namun begitu, ia nampaknya belum cukup buat Seniman. Pihak Seniman menerusi Presidennya Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung kontroversi berkenaan.

Menerusi sumber Kosmo!, Zed Zaidi berkata beliau membuat laporan itu kerana Seniman memandang isu berkenaan sebagai sesuatu yang serius dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi mengelak perkara itu berulang.

Tetap mahu halang masuk Malaysia…

Beliau berkata walaupun Najip dan pihak program televisyen itu sudah meminta maaf, tetapi empat lagi tetamu terdiri daripada selebriti dan hos program itu belum meminta maaf.

“Seniman akan membawa isu ini ke peringkat lebih tinggi bagi menghalang mereka yang terlibat daripada memasuki ke Malaysia. Kalau boleh kami akan cuba untuk mengurangkan kemasukan artis luar negara memasuki Malaysia untuk membuka peluang kepada artis tempatan dalam industri hiburan,” katanya.


Tags: , , , , , , ,

Category: FEATURED, HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.