MASJID ATAU SURAU YANG PATUT PERLUKAN KEBENARAN PENDUDUK SEBAB AZAN 5 KALI SEHARI – PANDANGAN AZIRA AZIZ DIKECAM NETIZEN

| 13/04/2017 | 0 Comments

Mungkin ramai yang tidak mengenali wanita yang dikenali sebagai Azira Aziz. Untuk makluman, Azira merupakan salah seorang pengasas BEBAS yang terlibat dengan demonstrasi Anti RUU 355 pada Februari lalu di Petaling Jaya.

Terbaru, Azira membuat kenyataan mengenai pembinaan masjid dan surau yang jarak 50 meter dari tempat tinggal penduduk. Bagi Azira, masjid dan surau ini perlu kebenaran sebab ada azan 5 kali sehari.

Pandangan dari Azira tenyata amat mengejutkan. Anda boleh baca beberapa pandangan Azira Aziz kepada berita Kerajaan Negeri Selangor apabila mahu memperketatkan syarat-syarat pembinaan rumah ibadat bukan Islam dibawah:

Bukan itu saja, Azira juga menyatakan budaya kebencian, pergaduhan dan sikap tak bertoleransi adalah budaya yang diimport dari negara Arab ke dalam masyarakat. Ini semua gara-gara terlalu ramai pelajar Malaysia yang sambung pengajian di sana.

“Mengapa kita terikut sangat budaya Arab?”

Azira Aziz juga mengatakan umat Islam Malaysia terpengaruh dengan budaya Arab yang dibawa masuk oleh tenaga pengajar kebanyakannya graduan dari negara timur tengah.

Tambahnya lagi, Malaysia akan lebih aman jika dari dulu kita limitkan menghantar dan mengambil tenaga pengajar dari rantau Arab.

Sumber asal : OhBulan! & Azira Aziz


Tags: , , ,

Category: FEATURED, INFO SEMASA, VIRAL TERKINI

Leave a Reply

Your email address will not be published.