KISAH SEBENAR DISEBALIK FILEM SUNK INTO THE WORM, DUA ANAK KECIL DIBIARKAN LAPAR SEHINGGA MATI OLEH IBU

| 14/04/2017 | 0 Comments

Ini dia kisah sebenar disebalik filem Sunk Into The Worm! Rasanya semua sudah menonton filem Sunk Into The Womb. Sudah pasti anda juga mengetahui filem berkenaan adalah filem adaptasi dari kisah benar. Ya, kematian dua beradik oleh kerana kebuluran itu benar-benar berlaku.

Sunk Into The Womb atau tajuk asalnya Shikyu ni Shizumeru merupakan filem arahan Takaomi Ogata pada tahun 2013. Filem ini menarik perhatian ramai dan mendapat rating tinggi di laman IMDB, 8.2/10.

Filem Sunk Into The Womb ini mengisahkan kehidupan seorang ibu dan dua orang anaknya yang tidak terurus selepas ditinggal oleh suaminya. Dia kemudiannya mengabaikan anak-anaknya dan membiarkan mereka mati kelaparan.

Kisah itu bermula pada Disember 2006, Sanae Shinomura ketika itu berusia 19 tahun dan baru tamat persekolahan telah berkahwin dengan seorang pemuda berusia 23 tahun di bandar kelahirannya, Yollaochi, Wilayah Mie.

Sanae dikurniakan cahaya mata sulungnya, Sakurako Hagi selepas enam bulan perkahwinannya. Sanae begitu sayangkan anaknya. Namun masa berlalu komitmen Sanae kepada keluarganya semakin berkurangan. Anak lelakinya Kaede Hagi lahir pada Oktober 2008.

Sanae disyaki curang oleh suaminya. Pada Mei 2008, Sanae dan suaminya bercerai. Ia sebenarnya bukan kali pertama Sanae curang. Sanae bagaimanapun telah menang hak penjagaan anak-anaknya ketika itu.

Sanae mula bekerja sebagai pelayan kelab di Nagoya, yang menyediakan nurseri untuk menjaga anak para pekerja. Pada masa itu, Sanae sangat bertanggungjawab terhadap anak-anaknya sehingga dia menjadi contoh dan teladan kepada pekerja lain.

Pada Ogos 2009, anak Sanae, Sakurako yang ketika itu berusia 2 tahun diambil polis kerana didapati menangis seorang diri di laluan ke apartmen Sanae di Osaka.

Pegawai di Pusat Konsultasi Wilayah Nagoya dimaklumkan oleh polis yang mengesyaki Sanae mengabaikan anak-anaknya. Bagaimanapun siasatan dihentikan apabila Sanae mengatakan dia tiada masalah dan boleh menjaga dua anaknya.

Januari 2010, Sanae bekerja di tempat baru sebagai pekerja seks di sebuah rumah tumpangan yang tidak mempunyai nurseri untuk anak-anaknya. Sanae lebih kerap meninggalkan anak-anaknya di rumah dan sering bermalam di rumah teman-teman lelakinya.

Sanae hanya balik sekali dalam masa beberapa hari ke rumahnya dan membawa kotak berisi bento untuk anak-anaknya makan tengahari.

Selepas itu, berminggu lamanya jiran-jiran mendengar dua kanak-kanak menangis dari dalam apartmen Sanae. Ada yang cuba dapatkan bantuan untuk anak-anak berkenaan kerana merasakan mereka dalam situasi kecemasan. Namun mereka tidak pernah cuba untuk memasuki rumah tersebut mahupun melaporkan kejadian itu kepada polis.

Menurut seorang jiran yang tidak didedahkan identitinya, dia telah melaporkan kejadian itu kepada pihak kebajikan sebanyak tiga kali kerana anak-anak berkenaan kerap menangis hampir setiap malam.

Panggilan telefon pertama dibuat pada jam 9 pagi, 30 Mac 2010 di mana jiran terbabit memaklumkan dua kanak-kanak terbabit menjerit, “Mama! Mama!” sehingga lewat malam.

Dua pegawai kebajikan datang melawat rumah berkenaan pada jam 3 petang pada hari laporan dibuat, jam 10 pagi keesokkan hari 1 April dan jam 6 petang pada 2 April. Namun tiada sebarang respon dari penghuni rumah berkenaan.

Jiran itu sekali lagi menghubungi pihak kebajikan untuk kali kedua pada jam 7 pagi, 8 April. Namun apabila pegawai kebajikan datang ke rumah tersebut pada jam 2 petang dan keesokkan harinya, hasilnya masih sama, tiada respon yang diberikan.

Laporan ketiga dibuat pada jam 5.30 pagi, 18 Mei 2010. Namun kali ini hanya suara seorang budak sedang menangis. Sekali lagi pegawai kebajikan datang melawat pada jam 3 petang. Namun hasilnya masih sama. Tiada respon diberikan.

Setiap kali datang, pekerja sosial akan meninggalkan surat untuk penghuni menghubungi mereka namun tetap tiada respon.

Berdasarkan garis panduan Kementerian Kebajikan di negara itu, pegawainya perlu memastikan kanak-kanak yang dilaporkan itu selamat dalam tempoh 48 setelah menerima aduan.

Bagaimanapun, pegawai kebajikan berkenaan gagal mencari jalan masuk ke kediaman tersebut. Malah mereka juga tidak dapat menghubungi saudara mara penghuninya kerana mereka tidak tahu siapa yang tinggal di kediaman itu. Ekoran itu, tiada sebarang laporan polis yang dibuat.

Menurut kenyataan media pihak berkenaan, situasi pada ketika itu tidak menampakkan kes tersebut penting kerana tiada sebarang jeritan meminta tolong dan tiada laporan kanak-kanak didera. Malah, pegawai berkenaan tidak menyoal siasat jiran-jiran berhampiran kerana bimbang ia akan mengeruhkan hubungan kedua-dua pihak.

Mereka juga tidak menemui rekod mengenai pemilik apartment berkenaan kerana ia disewa sebagai asrama pekerja oleh majikan Sanae dan Sanae pula menyewa dari majikannya.

Sanae pulang ke rumahnya pada pada 9 Jun dan membawa makanan untuk anak-anaknya. Dua minggu selepas itu, jiran sudah tidak dengar lagi suara kanak-kanak menangis dan mereka juga sudah lupa akan kejadian sebelum ini.

Menurut pengadu, kanak-kanak malang itu sudah berhenti menangis sudah hampir sebulan sebelum jiran sebelah rumah mangsa terhidu bau busuk yang datang dari rumah mereka pada bulan Julai.

Penjaga bangunan telah menelefon ke tempat kerja Sanae memberitahu apartmentnya sudah berbau busuk dan meminta mereka buat pemeriksaan. Ketika itu, Sanae sudah berhari-hari tidak muncul di tempat kerjanya.

Hampir telah malam pada hari berkenaan, seorang rakan sekerja lelaki yang bimbang dengan keselamatan Sanae telah pergi ke rumahnya untuk memeriksa keadaannya.

Apabila dia sampai, dia merasa terkejut kerana tercium bau aneh dari dalam rumah Sanae. Dia kemudiannya menghubungi polis pada 1.15 pagi pada 30 Julai 2010.

Polis cuba memecah masuk rumah berkenaan namun gagal. Pihak polis mendapati pintu apartmen itu dilekat dengan pita perekat. Mereka akhirnya masuk ke dalam apartmen itu melalui balkoni.

Di dalam apartmen itu pihak polis terkejut kerana menemui mayat dua kanak-kanak dalam keadaan bogel dan mereput.

Apartmen itu mempunyai satu bilik dan mayat Sakurako dan Kaede ditemui di tengah-tengah bilik dalam keadaan terlentang. Bilik itu dalam keadaan daif, kotor dan berselerak dengan sampah dan najis.

Ekoran kejadian itu, Sanae Shimomura ditahan pada hari yang sama. Sanae didakwa atas tuduhan sengaja meninggalkan dua anaknya tanpa sebarang makanan sehingga kedua-dua mangsa mati kebuluran.

Sewaktu disoal siasat, Sanae kelihatan tidak menyesali perbuatannya malah membuat pengakuan dia meninggalkan anak-anaknya itu sejak bulan Jun kerana ingin melepaskan semua tanggungjawab menjaga mereka dan mahu bersendirian.

Beberapa pakar berpendapat, jika pegawai kebajikan bertindak pantas, nyawa kedua-dua mangsa mungkin dapat diselamatkan. Di bawah undang-undang, pihak kebajikan boleh mendapatkan waran untuk memasuk rumah tanpa memerlukan keizinan pemiliknya bagi melindungi kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan.

Sanae juga mengaku dia ada pula ke apartmennya sehari sebelum dia ditahan tetapi mendapati dua anaknya telah mati dan mayat mereka sudah mereput. Dia kemudiannya meninggalkan mereka sekali lagi tanpa melaporkan kepada pihak berkuasa.

Ketika ditahan, Sanae berkata, “Saya ingatkan mereka akan mati selepas ditinggalkan selama seminggu. Saya tak rasa saya sepatutnya pulang ke rumah untuk menyelamatkan mereka,” katanya.

Ketika perbicaraan, pihak pendakwaan meminta Sanae dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Jelasnya, tindakan Sanae abaikan anak-anaknya adalah bentuk penderaan yang kejam dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Dalam kenyataannya, Sanae berkata untuk seumur hidupnya dia tidak akan dapat menebus kesalahan yang dilakukannya pada anak-anaknya.

Cerita sedih Sanae pernah dicabul pada zaman kanak-kanaknya juga gagal menambat hakim hakim. Jelas hakim, Sanae tahu nyawa anaknya dalam bahaya namun dia tidak beri peluang kepada mereka untuk hidup.

Untuk itu, Sanae disabitkan bersalah atas pertuduhan mengabaikan anak-anaknya sehingga mati dan dia dijatuhkan hukuman maksimum 30 tahun penjara.

Pihak pembelaan cuba membuat rayuan namun ditolak Hakim Rayuan Yasuhiro Morioka. Katanya, kematian anaknya ialah disebabkan tindakan Sanae sendiri. Dia tahu anaknya akan mati jika dia tidak beri makanan dan minuman tetapi tetap melakukannya.

Hakim Morioka memberitahu hukuman yang diterima Sanae berpadanan dengan kesalahan yang dilakukannya.

Ekoran itu, hukuman penjara selama 30 tahun terhadap Sanae dikekalkan.

Anda boleh tonton full movie Sunk Into The Womb dibawah:


Tags: , , , , , , ,

Category: DUNIA, FEATURED, VIRAL TERKINI

Leave a Reply

Your email address will not be published.