PANGSAPURI BANDARAYA SEGAMBUT – PELUANG SEWA KEDIAMAN ALA KONDOMINIUM HANYA RM500

| 17/04/2017 | 1 Comment

Ini adalah peluang baik untuk warga kota. Pada zaman ini, mana nak cari kediaman yang selesa dan menarik pada kadar RM500 sebulan.

Memetik sumber info KL Online, warga kota berpeluang menyewa rumah pangsa dengan kemudahan ala kondomonium pada harga rendah.

Peluang itu akan datang menerusi pembinaan Pangsapuri Bandaraya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Sungai Udang, Segambut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, konsep istimewa dan menarik ini julung-julung kali diperkenalkan kepada warga kota selain memudahkan golongan muda untuk tinggal di kediaman selesa.

“Pada kadar sewa RM800 sebulan, orang ramai kini boleh tinggal di kawasan kediaman selesa menerusi kaedah penyewaan selama lima tahun.

“Bagaimanapun, kadar sewa sebenar hanya RM500 manakala baki RM300 merupakan wang tabungan yang akan dipulangkan sebaik tamat tempoh sewa,” katanya pada majlis pecah tanah Pangsapuri Bandaraya @ Sungai Udang.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Tambah Najib lagi, projek perumahan yang bakal siap pada 2 Disember 2019 itu menawarkan 1,251 unit dengan dua blok setinggi 34 dan 32 tingkat yang turut dilengkapi semua kemudahan insfrastruktur.

Macam mana kaedah sewaan, macam mana kaedah bayaran balik dan kenapa tempoh sewaan lima tahun mungkin akan menimbulkan persoalan. Info lanjut mungkin boleh diajukan kepada pihak DBKL.


Tags: , , , , , ,

Category: FEATURED, INFO SEMASA, VIRAL TERKINI

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Nur diana lousiana Muaari says:

    Macam mana saya nak apply.

Leave a Reply

Your email address will not be published.