HARGA MINYAK PETROL DAN DIESEL BERMULA 20 APRIL 2017 NAIK LAGI

| 19/04/2017 | 0 Comments

Harga runcit bagi minyak petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 3 sen dan 2 sen seliter manakala diesel naik 5 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini iaitu pada 20 April 2017.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 naik 3 sen menjadikan harga bermula Khamis ialah RM2.27 seliter berbanding RM2.24 seliter manakala harga RON97 ialah RM2.54 berbanding RM2.52 sebelum ini.

Harga baru diesel pula naik 5 sen menjadikan harga jualannya RM2.21 seliter berbanding RM2.16

Harga baru bahan api itu akan berkuat kuasa dari esok 20 April 2017 hingga 26 April 2017 selepas kaedah mingguan setiap Rabu dikuatkuasakan kerajaan berbanding secara bulanan sebelum ini.


Tags: , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.