MASALAH DENGAN TM UNIFI? BILA DAPAT FREE UPGRADE TM UNIFI? UNIFI LITE 10MBPS?

| 19/04/2017 | 0 Comments

Kita semua sedia maklum, Telekom Malaysia Berhad (TM) merupakan syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dan ketiga terbesar di dunia. TM memegang hak monopoli untuk penyediaan rangkaian telefon talian darat.

Selain rangkaian telefon, TM juga menawarkan perkhidmatan internet jalur lebar menerusi Streamyx dan Unifi. Hampir kesemua pengguna internet talian tetap di Malaysia ni mesti menggunakan perkhidmatan dari TM.

Masalah dengan TM Unifi?

Namun begitu, pelbagai masalah sama dan berulang menjadi topik bualan dan rungutan pengguna talian internet TM. Sudahlah kelajuan internet yang diterima pengguna tidak sama dengan langganan, ada pula masalah kerap putus sambungan yang cukup menderitakan.

Ya, bukan semua benda sempurna. Namun kalau terlalu kerap masalah sama berulang memang agak mengecewakan. Saban hari, dari jam 7.00 malam hingga jam 11.00 malam sambungan internet akan putus lebih kurang 3-4 kali dalam masa satu jam.

Setiap kali putus dan router akan auto restart. Bila perkara itu berlaku, kelajuan internet biasanya akan menurun dan tidak mencapai kelajuan sebenar. Kita pula terpaksa berhempas pulas reset router (ini diajar oleh staf TM setelah kerap sangat buat aduan yang sama, mereka pun menyampah kot) untuk pulih seperti sediakala.

Apa yang saya boleh puji mengenai TM adalah berkenaan kecepatan mereka ambil maklum mengenai aduan yang dihantar samada melalui telefon dan Twitter. Masa menunggu respon dari mereka tidak lama dan masalah akan mereka cuba segera atasi.

Tapi, bagaimana kalau masalah itu kerap sangat berlaku? Kita yang nak buat aduan ni pun rasa ‘malu’. Oleh itu, tidak dinafikan ada pengguna yang hanya redha dan mereka seadanya perkhidmatan dari TM setelah ‘puas membuat aduan’.

Bila dapat free upgrade TM Unifi?

Ini salah satu pertanyaan yang sering menjadi tanda tanya ramai kenalan saya. Rasanya belum seorang pun dapat free upgrade ini. Bila ajukan kepada TM, ianya dilaksanakan secara berperingkat.

Apa itu berperingkat? Yang saya faham, kalau berperingkat ini dia akan laksanakan secara sedikit demi sedikit. Maknanya dah ada yang dapat upgrade. Yang membaca ni ada yang dah dapat ke free upgrade TM Unifi?

Unifi Lite 10mbps?

Berdasarkan kepada beberapa sumber, ada info mengatakan Unifi bakal menawarkan pakej baru iaitu Unifi Lite. Unifi Lite hadir dengan kelajuan download 10mbps dan upload 5mbps. Ia turut disertakan dengan HyppTV dan perkhidmatan telefon.

Khabarnya harga langganan yang bakal ditawarkan adalah RM149. Namun begitu, pengguna boleh membuat penjimatan dengan menolak perkhidmatan telefon. Harganya akan jauh lebih murah iaitu RM129 sebulan. Pada saya, ia sangat menarik. Talian telefon ada pun tak pernah guna.

Post ini bukan berniat nak mengecam TM. Tapi pihak TM wajar sedar peranan mereka. Jangan hanya pentingkan keuntungan semata sedangkan hak pengguna terabai. Jika ada tawaran daripada syarikat lain, pasti ramai yang sudah beralih arah. Contohnya saingan yang diberikan oleh Time Fiber. 100mbps baru RM149!


Tags: , , , , , ,

Category: FEATURED, TEKNOLOGI

Leave a Reply

Your email address will not be published.