VIDEO TENTERA US BUAT PERSEMBAHAN NYANYI LAGU ASSALAMUALAIKUM USTAZAH MEMANG TERBAIK

| 19/04/2017 | 0 Comments

Beberapa hari lepas satu video yang memaparkan kumpulan muzik yang terdiri daripada Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) telah menarik perhatian netizen dan tular di media sosial.

Apa yang menarik mengenai video tersebut? Rupanya kumpulan berkenaan telah menyanyikan lagu kumpulan Khalifah iaitu Assalamualaikum Ustazah!

Untuk makluman semua, dalam video berkenaan sebenarnya kumpulan kugiran yang dikenali sebagai US pacific Fleet Band ‘Pipeline’ dianggotai oleh Brent Mitchell (vokalis), Ray Lappoon, Trans Stanley, Mike DeLorean dan Paul Tomson. Ia dirakam ketika mereka membuat persembahan di Experimental Theatre(Et) Faca, Universiti Malaysia Sarawak.

Apabila mereka menyanyikan lagu berkenaan, ianya terus mendapat sorakan penonton kerana lagu itu kini merupakan antara lagu popular yang sedang bermain di corong-corong radio tempatan ketika ini.

US pacific Fleet Band hadir ke Malaysia bersempena program Eksesais Pacific Partnership 2017 (PP17) anjuran Kementerian Pertahanan pada 19 April (Rabu) ini di dewan Auditorium Pustaka, Sarawak.


Tags: , , , , ,

Category: DUNIA, FEATURED, VIRAL TERKINI

Leave a Reply

Your email address will not be published.