XIAOMI MI 6 : TELEFON PINTAR TERBAIK PADA HARGA MENARIK

| 20/04/2017 | 0 Comments

Xiaomi telah melancarkan model terbaru telefon mereka iaitu Xiaomi Mi 6. Sudah tentu Mi 6 antara yang paling dinantikan oleh semua peminat Xiaomi pada 2017.

Walaupun Mi 6 didatangkan dengan spesifikasi yang tinggi, namun harga yang mereka tawarkan adalah sangat menarik dan jauh meninggalkan pesaing mereka yang lain.

Mi 6 hadir dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 835¬†Octa-core (4×2.45 GHz Kryo & 4×1.9 GHz Kryo) yang sangat berkuasa. Ia turut dipadankan dengan 6gb RAM dan 64/128 GB ROM.

Berkenaan kamera pula, Mi 6 dipasangkan dengan Dual camera (Dual 12 MP (27mm, f/1.8, OIS 4-axis & 52mm, f/2.6), phase detection autofocus, dual-LED (dual tone) flash). Sudah tentu ia mampu memberikan hasil gambar yang sangat menarik.

Namun begitu, terdapat juga beberapa kekurangan pada Mi 6. Ia tiada slot memori kad dan 3.5mm audio jack. Walaupun memiliki kebolehan speaker yang baik, paparan skrin Mi 6 adalah terlalu kecil iaitu 5.15 inci sahaja.

Persoalannya kini, adakah berbaloi untuk membeli Mi 6? Harga untuk pasaran Malaysia mungkin sekitar RM1600 hingga RM1700 bagi spesifikasi 6gb/64gb. Peranti yang mempunyai spesifikasi seumpamanya mungkin dijual pada harga melebihi RM2000 hingga RM3000 dan keatas!

Bagi ammboi, YA! Kerana berdasarkan kepada spesifikasi Mi 6 dan harga yang ditawarkan, ia adalah berbaloi. Melainkan anda tidak sukakan kekurangannya sebagaimana yang ammboi sebutkan tadi.

Atau anda mungkin boleh menunggu pengumuman Mi 6 Plus yang mungkin menawarkan skrin yang lebih besar di masa akan datang sekiranya ada.


Tags: , , , , , , , ,

Category: FEATURED, TEKNOLOGI

Leave a Reply

Your email address will not be published.