DATUK BERUSIA 70 TAHUN SANGGUP BERI MAS KAHWIN YANG MENGEJUTKAN DEMI NIKAHI SEORANG GADIS

| 25/04/2017 | 0 Comments

Ibarat lagu dalam filem Allahyarham P. Ramlee, kalau dah jodoh tak ke mana. Itulah yang dilalui oleh seorang warga emas di Indonesia. Bagaimanapun cerita pernikahannya itu menjadi sensasi dan topik hangat di sana.

Sudah tentu ia menjadi sensasi apabila, beliau yang kini berusia 70 tahun mengejutkan penduduk di bandar berkenaan apabila berkahwin dengan seorang gadis yang 45 tahun lebih muda daripadanya.

Lebih mengejutkan lagi, warga emas tersebut, Tajuddin Kammisi turut memberi mas kahwin berjumlah hampir Rp1.4 bilion (RM469,270) kepada isterinya, Andi Vytriana atau dikenali sebagai Andi Fitri.

Tajuddin dilaporkan berkahwin dengan Andi yang masih belajar di Universiti Bosowa di Makassar pada Sabtu lalu. Majlis berkenaan berlangsung di Dusun Tanah Tengah, Desa Liliriawang, Bengo di Bone, Sulawesi Selatan.

Tajuddin yang juga bekas Naib Wali Kota Parepare dilaporkan menjual tanahnya bagi mengahwini gadis idamannya itu.


Tags: , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.