KEPUTUSAN PENGGANTUNGAN PERLAWANAN KE ATAS PEMAIN-PEMAIN YANG DISABIT KESALAHAN KERANA MENERJAH DAN AMARAN KERAS KEPADA PEMAIN TIDAK BERDISIPLIN

| 26/04/2017 | 0 Comments

Jawatankuasa Tatatertib, di bawah Artikel 81, Kod Tatatertib FAM telah memutuskan untuk menggantung pemain-pemain berikut satu perlawanan dan denda Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) kerana menerjah di dalam perlawanan masing-masing.

Sudah tentu keputusan dari Jawatankuasa Tatatertib FAM ini amatlah dinantikan ramai peminat suka bola sepak tanah air. Bukan kerana iri hati atau hasad dengki, tetapi ada yang beranggapan seperti ada pasukan yang begitu dilindungi FAM sejak kebelakangan ini.

Berikut adalah senarai penuh dan keputusan hukuman kepada pemain yang terlibat:

1 – Afiq Fazail (JDT)

Pemain JDT Afiq Fazail (JDT mln Pahang. Suku akhir kedua Piala FA)

Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 06.05.2017, perlawanan 74 Liga Super 2017, Melaka melawan JDT. Ini adalah kerana Pasukan JDT tidak layak ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala FA 2017.

2 – Mohd Rizal Ghazali (Kedah)

Pemain Kedah Mohd Rizal Ghazali (T Team vs Kedah. Liga Super)

(a) Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 09.05.2017, perlawanan 73 Liga Super 2017, PKNS FC melawan Kedah.

(b) Penggantungan automatik kerana menerima kad merah semasa perlawanan 61 Liga Super, T-Team vs Kedah pada 15.04.2017 adalah pada 26.04.2017, perlawanan 49 Liga Super 2017, Perak melawan Kedah.

3 – Fakhrurazi Musa (T-Team)

Pemain T-Team Fakhrurazi Musa (T-Team FC vs Kedah. Liga Super)

(a) Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 06.05.2017, perlawanan 76 Liga Super 2017, T-Team FC melawan Perak.

(b) Penggantungan automatik kerana menerima kad kuning ketiga semasa perlawanan 61 Liga Super, T-Team FC vs Kedah pada 15.04.2017 adalah pada 26.04.2017, perlawanan 50 Liga Super 2017, T-Team FC melawan Selangor.

4 – Mohamadou Sumareh (Pahang)

Pemain Pahang Mohamadou Sumareh (JDT mln Pahang. Suku akhir kedua Piala FA)

Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 30.04.2017, perlawanan 36 (SF1) Piala FA 2017, Pahang melawan Negeri Sembilan.

5 – Nazmi Faiz (JDT)

Pemain JDT, Nazmi Faiz Mansor juga telah diberikan amaran keras disebabkan tingkahlaku beliau yang tidak profesional apabila enggan bersalaman dengan pemain Pahang sebaik tamat perlawanan pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2017 yang lepas.

Datuk Baljit Singh Sidhu
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)


Tags: , , , ,

Category: SUKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.