4 PASUKAN LIGA MALAYSIA 2017 DITOLAK 6 MATA SERTA MERTA

| 02/05/2017 | 0 Comments

Sah. Akhirnya Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam, hari ini mengumumkan empat pasukan Liga Malaysia (Liga M) 2017 ditolak enam mata berkuat kuasa serta merta.

Ini kerana empat pasukan berkenaan gagal melengkapkan pendaftaran pasukan untuk menyertai Liga M musim ini. Empat pasukan terbabit adalah Kelantan, T-Team, Perlis dan ATM.

Pasukan-pasukan berkenaan kini berdepan dengan masalah kewangan dan tunggakan gaji sehingga gagal memuat naik Surat Selesai Bayaran/Tunggakan Gaji, Surat Selesai Bayaran/ Tunggakan KWSP, Surat Bayaran/Tunggakan PERKESO dan Surat Selesai Bayaran/Tunggakan LHDN bagi melengkapkan pendaftaran pasukan.

Dalam pada itu, katanya lagi, empat pasukan berkenaan juga dilarang daripada mendaftar pemain baharu semasa jendela perpindahan kedua dibuka jika mereka gagal melengkapkan proses pendaftaran sebelum 15 Mei 2017.

“Jika mereka gagal melengkapkan proses pendaftaran sebelum 15 Mei 2017, maka pasukan terbabit dilarang daripada mendaftar pemain baharu semasa jendela perpindahan kedua dibuka.

“Kegagalan untuk melengkapkan proses pendaftaran sebelum hari terakhir musim 2017 pada 31 Oktober 2017 akan menyebabkan mereka disingkirkan daripada liga yang disertai,” katanya dipetik BH Online.


Tags: , , , , , , ,

Category: SUKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.