SENARAI UNIVERSITI DENGAN YURAN TERMAHAL DI DUNIA

| 03/05/2017 | 1 Comment

Semua orang mahu belajar di tempat yang terbaik untuk mendapatkan pelajaran terbaik. Biasalah, kalau tempat yang terbaik sudah tentu yuran yang perlu dibayar juga menelan belanja yang besar.

Bagi anda yang sedang ataupun ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, yuran pengajian merupakan salah satu perkara yang perlu diambil kira.

Jika anda rasa yuran pengajian di universiti tempatan adalah mahal, anda patut tahu bahawa yuran pengajian di negara lain jauh lebih mahal berbanding Malaysia.

Berikut ammboi senaraikan empat universiti dengan yuran paling mahal di dunia:

1. Sarah Lawrence College, New York

Mungkin nama kolej ini tidak terkenal seperti Oxford ataupun Havard University, tetapi kolej ini merupakan institut pengajian paling berprestij dalam bidang seni liberal. Kos pengajian di kolej ini merupakan yang termahal di New York iaitu mencecah sehingga USD61,000 (RM270,000) setahun.

2. New York University, New York

Ditubuhkan pada tahun 1831, New York University merupakan kampus swasta yang terbesar di Amerika Syarikat. Yuran pengajian yang perlu dibayar bagi setiap tahun adalah sebanyak USD60,000 (RM265,000). Universiti ini juga telah menerima kemasukan pelajar daripada 133 negara lain.

3. Drexel University, Philadephia

Terletak di Philadephia, universiti ini juga dikenali sebagai universiti penyelidikan swasta paling popular. Yuran tahunannya mencecah sehingga USD58,000 (RM257,00).

4. University of Chicago

Ditubuhkan oleh Persatuan Pendidikan Baptist Amerika (American Baptist Education Society) dengan sokongan jutawan John D. Rockefeller pada 1890. Universiti ini adalah institusi yang paling terkenal dengan kecemerlangan akademik dan intelektual selain telah menghasilkan seramai 85 penerima Hadiah Nobel. Yuran setahun yang dikenakan kepada pelajar adalah sebanyak USD58,000 (RM257,000).

Sumber asal : Hanasuva.com


Tags: , , , , ,

Category: DUNIA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. mungkin dunia akan menjadi lebih baik nanti dengan adanya manusia yang boleh memberi ilmu secara percuma..harapan

Leave a Reply

Your email address will not be published.