PUNCA SEBENAR KARTUNIS UJANG DIPECAT TERJAWAB, BUKAN KERANA PIHAK MAJALAH TAPI…

| 08/05/2017 | 1 Comment

Kisah kartunis Ujang diberhentikan kerja dengan notis 24 jam menjadi viral di media sosial. Ramai yang bersimpati dengan nasib Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon kalau tak salah ammboi.

Ramai juga yang berang dan mengkritik sikap serta tindakan dari pihak penerbitan Majalah XXXX X XXXX iaitu XXXX Sdn. Bhd. yang memecat Ujang setelah ‘mendapat apa yang mereka perlukan’.

Luahan hati Ujang menerusi laman Facebooknya mendedahkan kisah awal antara dia dan pihak penerbitan Majalah Majalah XXXX X XXXX. Rupanya Ujang adalah orang yang selama ini membantu usaha mereka dari awal.

Dalam luahan itu, Ujang menceritakan tentang sebuah syarikat penerbitan yang baru hendak naik pada 6 tahun yang lepas. Pada mulanya beliau agak berat hati untuk menerima tawaran tersebut disebabkan pernah ditipu sebelum ini.

Tapi disebabkan syarikat tersebut merayu-rayu dengannya, akhirnya beliau bersetuju juga dengan tawaran tersebut. Beliau pada mulanya telah meletakkan syarat gaji sebanyak RM15,000 untuk semua operasi menyeluruh namun syarikat tidak dapat memenuhi permintaanya kerana ianya sebuah syarikat baru, jadi beliau menerima dengan hanya gaji RM2000.

Anda boleh baca luahan dan cerita penuh Ujang dibawah:

SEJARAH MAJALAH KOMIK XXXX X XXXX

Onam tahun yang lalu sobuah syarikat yang tidak di kenali dalam dunia penerbitan dan  baru di tubuhkan serta  tiada pengalaman terbit komik hantar wakil ko ghumah den mintak tolong ajar teghobitkan komik.

Den sebona ey dah bosan dongan dunio penerbitan yang ponoh pengelepetan pada golongan artis. Tapi wakil syarikat tak beghonti datang ghumah dan merayu agar membantu.

Den mintak 15k sobulan untuk buek kojo monyediokan konsep,buek pagination,ajar cagho nak apply permit kdn,rekemenkan pengedar,ajar kontrol printing dan monyusun sidang  redaksi serta memantau perjalanan majalah.

Tompi sobab syarikat baru…. mereka tak mampu nak bayar dan menawarkan untuk bayar rm2k sobulan dan molantik den sobagai penasihat komik. Selopeh onam tahun bejalan dongan baik dan mereka dah pandai….minggu lopeh den pun di beghontikan 24 jam melalui talipun maso den on the way ke Tasik Kenyir.

Giliran den pulak merayu ….tapi tak di layan sobab mereka dah tau nak buek sumo bondo tompo bantuan den. Takpo lah……den ucapkan selamat maju jayo dan kenang daku dalam doa mu. Amin

Ini pula petikan rayuan Ujang kepada pihak berkenaan:

Bagaimanapun terbaru menerusi kenyataan dari Ujang, pemecatannya itu bukanlah dari pihak penerbitan majalah berkenaan. Anda boleh baca respon dari Ujang dibawah yang ammboi petik dari laman Facebooknya.

JAWAPAN DARI XXXX SDN BHD  MEMBUKTIKAN SAYA DI PECAT ATAS ARAHAN PEMEGANG LESEN IAITU  LES COPAQUE.PATUTLAH ISU TERBARU BULAN INI ADA 4 NAMA BARU MENGGANTIKAN SAYA SEBAGAI PENASIHAT KOMIK.TAHNIAH ~ SATU PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM DUNIA PENERBITAN.
_____________
* Den maafkan semuo dan den halalkan semuo ey….cumo lainkali jangan buek laie.Makan samo-samo ok…….den dah nak balik ko hutan

Sah, dalam ruang penasihat komik sudah ada empat nama lain dalam edisi terbaru Majalah XXXX X XXXX. Pada ammboi, isu ini sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik.

Semoga kartunis Ujang terus tabah. Mungkin rezeki lain di masa akan datang yang lebik baik. Insya Allah.


Tags: , , , , , ,

Category: INFO SEMASA, VIRAL TERKINI

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. macam2 says:

    Sepertimana sebuah filem/lagu…ada hak cipta yang dimiliki oleh syarikat perfileman/rakaman…demikian juga penerbitan sesuatu novel/majalah waima komik sekalipun. Kadang2 kita tengok tak adil bila pengkarya asal tiada hak keatas karyanya. Tapi itulah yang berlaku.

    Cuba kita pergi kepada suatu keadaan..aku buat filem Pak Man Telo dengan syarikat A. Berjaya sampai ada sekuel. Kemudian aku berhenti, dan bergabung dengan team baru nak buat filem Pak Man Teleng menerusi syarikat B. Watak2 masih guna Pan Man Telo punya, aku buang watak yang tak berkenan dan aku tambah watak baru. Apa jadi pada filem Pak Man Telo? Sebab dah ada dua filem, Pak Man Telo dan Pak Man Teleng.

    Kalau aku sebut Pak Man Telo ni, mungkin susah nk relate. Ambil contoh Nizam Razak (animator asal karya Upin Ipin). Bila dia dan rakan2 keluar dari Les Copaque, dia tak buat animasi Upin Ipin. Sebaliknya dia keluarkan Boboiboy. Alhamdulillah, berjaya. Ya lah, kan pelik kalau kau tengok tv9 Upin Ipin masih tadika, pastu tv2 tayang Upin Ipin masuk sekokah rendah. Kalau kena waktu siaran sama, lagi haru.

    Situasi ni mana2 animator/pelukis dah lama sedar. Macam mana mereka kata itu karya asal mereka, tapi syarikat lebih berhak atas karya tersebut. Bukan sedikit modal yang dikeluarkan.

    Pada aku mana2 pengkarya dah lama sedar situasi ni. Mereka yang baru nak naik selalunya akan jual secara langsum saja karya mereka. Hak cipta langsung tak menjadi milik mereka, sebaliknya milik syarikat produksi.

    Lagu/muzik ni boleh tahan lagi sebab ada royalti dan ada badan pemungut royalti. Walaupun dijual sepenuhnya, penggubah lagu boleh dapat royalti jika dia adalah penyanyi lagu tersebut. Ya la lagu/muzik hari2 keudara dalam radio maa. Novel/filem/komik dll, hanya bila dicetak/diterbitkan baru ada. Tu sebab tak pernah dengar lagi kalau ada pemungut royalti novel/filem. Selalunya syarikat yang baik hati akan bagi bonus or durian runtuh. Itu tak wajib, cuma inisiatif saja. Macam metrowealth dan skop production buatlah.

    Kalau kita kaji2 balik, kenapa pengkarya asal tak ada hak eksklusif berbanding di negara2 luar? Ini kerana di Malaysia, kita ada orang nak buat sesuatu tapi tak ada modal. Dalam bisnes kau ada bakat belum tentu boleh pergi jau sebab tak ada modal. Melainkan kau buat pinjaman perniagaan. Nak buat loan ni, bukan semudah kau daftar SSM dengan modal RM60.

    Kalau tak ada modal, selalunya kau akan cari pelabur iaitu orang kaya. Bila jadi pelabur mesti nak jaga kepentingan mereka. Duit keluar banyak kot. Turun naik bisnes, memberi kesan kepada pendapatan mereka. Pengkarya tetap dibayar gaji sekalipun bisnes merudum. Kecuali dah bungkus, gulung tikar atau muflis, maka faham2 sendirilah.

    Turun naik bisnes ni pula ada macam2 faktor…tu sebab ada orang sebut faktor dalaman (boleh dikawal) atau faktor luaran (luar kawalan). Bukan sikit nilai sesuatu pelaburan. Jadi pelabur ada hak lebih besar dan eksklusif dalam sesuatu perkara. Apatah lagi jima bisnes tu dah berkembang, ada banyak segmen di dalamnya. Makin rumit nak diurus jika tak kena gayanya.

    Bila sesuatu perniagaan ni ada potensi untuk dikembangkan, maka ada yang menjual lesen berbanding mengembangkan sendiri perniagaan tersebut. Tetapi lesen yang dijual pula ada yang bersyarat demi menjaga standard, kualiti dan keupayaan perniagaan tersebut. McDonald pun jual lesen pun masih kawal perniagaan tersebut dari segi menu dan lain2. Tapi McDonald tak boleh nak kawal operasi keseluruhan bisnes tersebut, terutamanya pengambilan dan pembuangan pembekal/pekerja. Syarikat yang diberi lesen masih ada hak2 tertentu keatas perniagaan mereka. McDonald boleh beri pandangan, tapi syarikat berlesen tersebit kena come out dengan penyelesaian terbaik jika ada isu yang timbul.

    Ambil contoh komik Upin Ipin, hak eksklusif milik Les Copaque. Penerbit Nyla Sdn Bhd. Pelabur utama masih Les Copaque sebab jenama Upin Ipin menjadi taruhan. Tengkk sekarang apa yang berlaku? Silap buat keputusan memang besar impaknya. Walaupun di Malaysia ni benda ni bermusim tapi boleh menjejaskan pendapatan jugalah sikit sebanyak.

    Isu ni boleh selesai dan Ujang tak perlu kena pecat jika masing2 mengalah. Sale dah jatuh, zaman orang baca komik ni ada pasang surut. Kau kena datang dengan idea baru dengan segera untuk terus survive. Kau tak boleh biarkan benda tu macam tu saja. Nilai pelaburan tu bukan sikit.

    Dalam masa yang sama, penerbit iaitu Nyla tak boleh nak letak beban pada Ujang mahupun Les Copaque. Tanpa kedua2 ni, Nyla tak boleh wujud dan kekal sehingga 6 tahun lamanya. Sepatutnya, kalau ada bajet kau panggil pakar2 dalam or luar negara untuk duduk semeja dan atur semula gerak kerja. Kau kena faham satu perkara, periuk nasi orang lain akan terjejas jika tak kena gaya pengurusannya.

    Aku tulis ni kalau masih ada yang tak faham juga, mohon meninggal. Cukup2lah hentam Les Copaque, kau baru kenal dunia komik dan penyokong suam2 suku je pun. Ujang ni bukan setahun dua dalam dunia komik ni. Bermula dengan Gila2, Ujang, Lanun, Animaxi dan terkini Upin Ipin. Kalau kau penyokong dan pembeli apa2 juga koleksi Ujang, dah lama beliau boleh keluar dari taraf muflisnya. Macam mana Ujang muflis? Kau tanya MOY tapi dengar khabar dah bungkus. Betul ke tak, sila google. Sebab tu Ujang tak ada kontrak hitam putih dengan Nyla.

    Ok bye. Sila meninggal.

Leave a Reply

Your email address will not be published.