VIDEO SMULE BERSAMA ISTERI DAN ANAK-ANAK LAGU PERAWAN ATAU JANDA SEMASA MEMANDU DIKECAM NETIZEN, TAPI JAWAPAN BRO NI MEMANG SEMPOI…

| 10/05/2017 | 0 Comments

Keluarga bahagia. Itu yang ammboi boleh katakan kepada keluarga ini. Isteri dan anak-anak nampak santai ketika sang suami atau bapa sedang ‘masuk air’.

Sudah semestinya gurauan dan babak-babak kelakar seperti ini diperlukan dalam hubungan keluarga. Ia boleh mengeratkan ikatan kekeluargaan dan sudah tentu meninggalkan momen yang menarik.

Apatah lagi kalau gurauan suami untuk isterinya seperti yang cuba beliau lakukan dengan menyanyikan lagu Perawan atau Janda. Katanya, isterinya memang ‘tidak gemar’ beliau nyanyikan lagu berkenaan. Oh, rasanya semua kaum isteri tak suka kot.. haha

Isterinya nampak agak tenang walau sesekali ada menjeling suaminya ketika asyik mendengdangkan lagu berkenaan. Anak-anak pula riang berjoget ditempat duduk belakang.

Anda boleh menonton video penuh dibawah:

Dalam ramai yang memuji dan menyukai babak-babak dalam video tersebut, ada juga yang mengecam dengan mendakwa sang ayah tidak wajar asyik ber’smule’ ketika memandu kerana ia boleh membahayakan nyawa keluarganya.

Berikut antara kecaman dan pesanan yang ammboi petik dari komen di video tersebut:

Bagaimanapun, lelaki berkenaan atau dikenali sebagai Mohd Hairul Anuar Safar berdasarkan nama di profile Facebooknya tetap tenang dan menjawab komen-komen dan teguran dengan berhemah.

Jelasnya, dia ketika itu bersama ahli keluarga yang lain baru pulang dari kedai makan dan sedang memandu dalam kawasan taman dengan kelajuan tidak sampai 20km/j.

Beliau juga menerima setiap teguran dan memaafkan mereka yang telah mencarut dan mengecam tindakannya itu.

“Assalammualaikum alls Guys… Thanks pada semua yg beri Teguran membina ye….btw masa ni saya semua baru balik dari makan TOM yAm…. bile dah sampai je taman…saya nyakat die dgan lagu yg paling die benci hahahahah…Speed pon xsampai 20Kmj insyaalllah Saya mampu control…
Tapi Yg Carut2 tu…jgan risau…Dah lama saya maafkan anda k..Saya ikhlastak berdosa pun kita jikalau kita Buat Sesuatu utk niat menggembirakan keluarga….Alhamdulillah kami bahagia sampai sekarang……Thanks Guys coz support saya…”


Tags: , , , ,

Category: INFO SEMASA, VIRAL TERKINI

Leave a Reply

Your email address will not be published.