ABOU BAKR AL-MEL ATAU BAKO PEMAIN IMPORT BARU KELANTAN GANTI MOHAMMED GHADDAR

| 18/05/2017 | 1 Comment

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa akan menemui pemain import baharu daripada Skuad Kebangsaan Lubnan, Abou Bakr Al-Mel, yang bakal menyertai pasukan Kelantan.

Penyerang berusia 24 tahun itu dipercayai bakal menggantikan penyerang import sensasi Kelantan Mohammed Ghaddar yang dilepaskan ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada jendela pemindahan pemain pertengahan musim Liga Malaysia 2017.

“Beliau (Abou Bakr) kini bersama skuad senior negaranya dan baru terpilih sebagai pemain terbaik liga (Lubnan) 2017,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook beliau.

Abou Bakr yang sebelum ini beraksi bersama kelab AC Tripoli dalam liga negaranya dikatakan mempunyai ketajaman penyudah seperti Mohammed Ghaddar.

Usaha membawa tenaga import baharu tersebut adalah bagi memperkuatkan pasukan Kelantan yang juga dikenali sebagai The Red Warriors dalam menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Berdasarkan kepada laman sosial Instagram milik penyerang Lubnan itu, beliau yang menggunakan nama Bako_77 turut mengesahkan akan hadir ke pasukan Kelantan.

Bagaimanapun segala keputusan tertakluk kepada hasil pertemuan antara Bako dan KAFA.


Tags: , , , , , , , , ,

Category: SUKAN

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. lawiyah says:

    Yeh permain baru

Leave a Reply

Your email address will not be published.