MAT OVER JELAS PUNCA SEBENAR MENGENAI TINDAKANNYA DAN APA PULA KATA DAVID TEO?

| 18/05/2017 | 0 Comments

Mat Over Jelas Punca Sebenar! Kekecohan antara David Teo dan pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin atau lebih terkenal dengan panggilan Mat Over pada sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Penggiat Seni di Dewan Bankuet, Seri Perdana menarik perhatian ramai.

Dalam kekecohan itu, David ditampar oleh Mat Over di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan perantara program, Datuk Rosyam Nor. Video kejadian itu tular dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Insiden bermula apabila David menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Rosyam yang tidak memandang ke arah tempat duduknya, sebaliknya memberi fokus kepada penonton di barisan hadapan.

David menyifatkan tindakan Rosyam tidak adil kerana tidak memberi laluan kepada mereka di barisan belakang untuk bertanya soalan dan menyuarakan pandangan.

Dalam kekecohan mempertahankan pendapat masing-masing, Mat Over secara tiba-tiba meluru ke depan pentas bagi memberi amaran kepada David supaya tidak kurang ajar sambil menampar muka penerbit itu dan menyebabkan program berkenaan terhenti seketika.

Di sebalik kekecohan itu, Najib dan Rosyam tetap meneruskan dialog sehingga ke penghujung acara sehinggalah David dan Mat Over dibawa masuk semula ke dalam dewan untuk bertemu Najib bagi menyelesaikan perkara itu secara baik.

Berikut adalah penjelasan Mat Over mengenai tindakannya terhadap David Teo.

“Saya tak rasa apa yang saya buat itu keterlaluan kerana tindakan berkenaan untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah pada acara ini.

“Saya juga tidak kesal dengan tindakan ini kerana sikap David tidak menghormati Perdana Menteri dan Rosyam selaku moderator. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia perlu ada adab dan hormat-menghormati,” katanya dipetik myMetro.

Mat Over berkata, dia sudah berfikir dahulu sebelum menampar David kerana menganggap cara penerbit filem dan drama itu kurang ajar.

Berikut pula penjelasan dan reaksi dari David Teo.

Jelas David, dia tidak sangka Mat Over boleh bertindak begitu kerana selama ini pun dia tidak mengenali pelakon itu.

“Tiba-tiba saja dia meluru serta menampar dan saya terkena dahi saya. Saya hanya mempersoalkan tindakan Rosyam tidak menggunakan pentas bulat itu dengan sepenuhnya dan hanya fokus satu arah di depan saja sedangkan saya juga mahu bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri.

“Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang dan sudah memaafkannya,” katanya.


Tags: , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.